INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Selasa, Disember 18, 2012

LAPORAN POLIS DALAM ISU KPF


LAPORAN POLIS TERHADAP
Dato Seri Ismail Sabri b Yaakob
(menteri perdagangan dalan negeri)
Tan Sri Isa bin Samad
(Pengerusi Felda)
Datuk hj Md Yusuf b Shamsudin
(pengerusi Eksekutif SKM)

SALAHGUNA KUASA DAN CAMPURTANGAN MESYUARAT AGONG KPF KE 31

1) Pada 25 Julai 2012 ahli Parlimen Pokok Sena,YB Dato Mahfuz bin Omar telah mendedahkan dalam media bahawa DatoSeri Ismail Sabri mengarahkan panel Pertikaian SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia)supaya mengisytiharkan mesyuarat Agong KPF (Koperasi Permodalan Felda)yg ke 31pada 20 Jun 2012 sebagai tidak sah.Dakwaan tersebut hingga hari ini gagal dinafikan oleh dato Seri Ismail Sabri.

2) Pegawai-pegawai KPF yang merujuk pertikaian no. 05/2012 yg difailkan pada 18 Jun 2012 telah dimaklumkan oleh pegawai SKM bahawa pegawai-pegawai yang mendengar kes tersebut telah menerima arahan lisan dari Dato Haji Md Yusuf Shamsudin(Pengerusi Eksekutif SKM) dan DatoSeri Ismail Sabri supaya mesyuarat Agong KPF kali ke 31 pada 20 jun 2012 diisytihar tidak sah.Ini jelas bertentangan dengan fasal(tribunal)83(1)akta 52 koperasi Malaysia.

3) Terdapat dakwaan bahawa Tan Sri Isa Samad adalah individu dibelakang kumpulan yang memfailkan bantahan ke SKM terhadap kesahihan Mesyuarat Agong KPF ke 31 kerana keahlian beliau sebagai ahli KPF digantung oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

4) Mesyuarat Agong KPF pada 20 Jun 2012 telah berjalan dengan lancar dan diakui sendiri oleh wakil SKM dan Pengarah SKM Wilayah Persekutuan manakala siasatan yang dilakukan SKM terhadap KPF pada 23 November 2012 mengesahkan tidak terdapat sebarang bentuk penyelewengan dalam operasi KPF bagi membatalkan Mesyuarat Agong tersebut.

5) Oleh itu,peristiharan mesyuarat Agong KPF pada 20 Jun 2012 sebagai tidak sah oleh SKM melalui surat kuasa bertarikh 4 Disember 2012,adalah tidak munasabah apatah lagi dakwaan campurtangan dan salahguna kuasa Menteri dan individu yang terlibat masih lagi belum disiasat oleh pihak berkuasa.

Tuntutan
Kami mendesak pihak berkuasa menyiasat dengan saksama aduan kami keatas salahguna kuasa yang telah dilakukan oleh Dato Seri Ismail Sabri dan individu-individu diatas terhadap sebuah koperasi milik peneroka dan kakitangan Felda yang selama ini diiktiraf antara yang terbaik di negara kita.Kami juga mendesak tindakan keras diambil oleh pihak berkuasasekiranya terdapat bukti salahguna kuasa tersebut berlaku bagimenyelamatkan sebuah kpperasi milik rakyat yang selama ini telah diurustadbir dengan baik dan ternyata sangat berjaya.

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong