Felda saman Mazlan Aliman, SUA PAS dan 5 lagi
Bernama | 2:41PM Jan 7 2013
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan lima lagi berhubung kenyataan penjualan minyak sawit mentah ke Israel.
Felda memfailkan writ saman itu menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Seterusnya di SINI
BUKTI FELDA JUAL MINYAK SAWIT MENTAH(MSM) KE ISRAEL
Pendedahan terkini!
Sebelum ini Datuk Ahmad Maslan nafikan Genting Berhad beli saham FGVH sejumlah RM407.005.000. Ia jelas dipaparkan di skrin Bursa Malaysia.
Kali ini saya dedah bukti penjualan MSM kepada BUNGE, Bunge Agribusiness Singapore Pte Ltd, syarikat Israel yang berpengkalan di Singapura. Inilah salah satu invois pembelian sejak tahun 2010 yang lalu.
Ia berlaku ekoran 70% equiti dalam anak syarikat Felda iaitu, FELDA OIL PRODUCTS SDN BHD dikuasai oleh syarikat asing. Selain Mitsui dan Adeka Corporation, pemilikan saham terbesar oleh IFFCO SDN BHD, syarikat keluarga keturunan India yang berpengkalan di Dubai.
Sejak MITI meluluskan pindaan membenarkan pemilikan asing ditambah kpd 70% pada 16 Jun 2010, syarikat yang berpengkalan di Pasir Gudang ini dikenali dengan nama FELDA IFFCO OIL PRODUCTS SDN BHD(FIOP).
Detik hitamnya bermula, MSM mula dijual kepada syarikat Israel!
Penduduk Islam Palestin dibom, dibunuh, GAZA jadi medan pertumpahan darah paling dahsyat sampai hari ini.
Pemimpin UMNO berpura2 tunjuk simpati kepada penduduk Palestin, tetapi waktu yang sama menjual Minyak Sawitnya kepada Israel!
10 ARTIKAL TERKINI
CARIAN BLOG INI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kosong
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
kosong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan