Bismillah.... Segala2nya bermula dengan sekeping surat ini. Kes Kemahang 3
dilacurkan oleh pemfitnah jalanan utk menggambarkan saya dan barisan Peguam
Kemahang 3 sebagai "songlap duit", "pecah amanah" dan
segala macam lelehan hina dari manusia2 yg tiada mengenal batas iman dan
kufur!! Hakikatnya apa yang berlaku adalah apabila terdapat sekumpulan peneroka
yang tidak berpuas hati dengan fee@yuran guaman@komisyen Peguam. Sebolehnya
mereka yang tamak ini tidak mahu satu sen pun kepada Peguam. Tidak mengapa,
pertikaian tentang fee guaman adalah lumrah dalam urusan guaman. Nun di sana bersepah2 kes yang
dilaporkan dalam jurnal undang-undang tentang anakguam menyaman Peguam mereka
sendiri disebabkan ketidakpuasan hati... Itu tidak mengapa, mereka boleh ke Mahkamah
dan biarkan Mahkamah sebagai "taxing master" untuk putuskan.
Tetapi yang membakar jiwa muda saya ialah apabila kes Kemahang 3 dikaitkan dengan insan2 yang tiada kena mengena. Mazlan Aliman, Presiden ANAK difitnah kononnya turut songlap wang itu. ADUN Kemahang (PAS), dan beberapa pemimpin PR yang lain, turut dikaitkan sama oleh Blogger UMNO. Simpati saya pada mereka tiada tutur yg bisa menterjemahkannya. Justeru saya mengambil ruangan itu untuk menyatakan, dengan nama Allah, Mazlan Aliman, ANAK, Dato' Mejar Anizam (ADUN Kemahang), PAS atau mana-mana pemimpin PR tiada kena mengena dengan kes Kemahang 3, tiada kaitan langsung dengan pembahagian wang pampasan.
Saya tahu ada tangan berselindung dari pejabat Felda, Menteri yang menjaga Felda, UMNO Bahagian Tanah Merah untuk menghasut bekas2 anakguam saya ini untuk memfailkan Saman terhadap firma saya. Motifnya mudah, nama saya perlu dihancurkan sebelum ramai lagi peneroka meminta khidmat saya. Surat ini memberi penjelasan bagaimana bermulanya komplot tersebut. Mereka sudah menyaman saya dan saya sudah pun menyaman mereka. Kita serahkan urusan perundangan kepada Mahkamah untuk memutuskannya!!!
Wahai blogger2 yang hina.... Jika fee guaman saya mahal, tidak munasabah sehingga tinggi melangit, itu bukan urusan politik. Itu urusan pernigaan guaman. Anakguam yang merasa tertindas dengan fee guaman, mereka boleh ke Mahkamah untuk mencabar fee guaman dan biarkan Mahkamah yang putuskan. Kamu boleh kutuk saya semahu mu kerana saya mungkin mengenakan fee guaman yang mahal... Tetapi usahlah kamu berdengki dengan rezeki dan nikmat yang Allah berikan kepada saya dan rakan2 peguam, hasil dari pengorbanan dan keihlasan, keringat dan titisan air mata kami selama 11 tahun (2000 - 2010).
Insyallah, jika diizinkan Allah, saya akan menyediakan penjelasan komprehensif untuk menjawab fitnah maha dahsyat ini dalam masa terdekat...!!!
-----------------------------------------------------------------
Menulis:Komen kepada kenyataan Mazlan Aliman atas
fitnah Majlis Belia Felda dalam isu Kemahang 3.
"Salam dan terima kasih atas kredit yg diberikan. Saya dan rakan2 adalah peguam yg kendalikan kes Kemahang 3. Kes Kemahang 3 jelas sekali fitnah yg maha dahsyat yg dilakukan oleh UMNO. Tiada isu songlap duit atau larikan duit. Yg ada ialah sekumpulan peneroka yg tidak berpuashati dgn potongan yuran guaman yg dikenakan. Itu pun selepas setahun wang dibayar kepada mereka. Itu pun selepas dibantu oleh Felda dan UMNO Bahagian Tanah Merah. Saya perjuangkan kes ini selama 11 tahun, sejak tahun 2000 - 2010 dgn wang saya sendiri hampir sepenuhnya. Apabila tiba masa wang penghakiman dibayar, sebagaimana kes2 lain yg dikendalikan oleh mana2 peguam, sudah tentu kami mengenakan potongan bayaran sebagai yuran guaman dan disbursement. Tidak berpuashati dgn fee guaman adalah perkara lumrah dlm perniagaan guaman. Tetapi blogger umno cuba menjaja fitnah ini seolah2 berlaku pecah amanah, songlap duit dan menipu peneroka.
Paling penting utk saya sebutkan disini, Mazlan Aliman, PAS atau mana2 pemimpin PR, sama sekali tiada kaitan dgn kes Kemahang 3 walau sebesar zarah. Kes ini tiada kaitan dgn Mazlan, tiada kaitan dgn Pas. Urusan pembayaran juga tiada kena mengena dgn Mazlan. Mazlan Aliman tidak pernah menerima apa2 imbuhan dari saya walau satu sen pun. Insyallah sekiranya diperlukan, saya akan tampil menjadi saksi kepada fitnah yg dilakukan terhadap Mazlan dan Anak...
Insyallah, saya akan menyediakan penjelasan lengkap berkenaan isu Kemahang 3 dlm masa terdekat.
Demi Allah, fitnah dahsyat ini perlu dihancurkan!!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan