INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Jumaat, Januari 04, 2013

PEMALSUAN HARGA SAHAM FGV ???



Bahaya Memalsukan Harga Saham FGV...

Adalah bahaya kerajaan memanipulasi harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) yang sebenarnya bernilai rendah tetapi menyuntik dana institusi seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menunjukkan harga yang lebih tinggi tetapi palsu.

Sudah banyak contoh betapa harga saham yang bukan membayangkan harga pasaran sebenar akan memperjudikan nasib para pelabur kecil kerana terpedaya dengan kenaikan yang diperbuat tersebut.

Dengan melakukan tindakan ini bermakna kerajaan terlibat dalam kegiatan spekulasi pasaran saham yang amat bahaya bukan sahaja kepada pelabur tetapi juga kepada ekonomi Negara.

Kerajaan ini akan menjadi kerajaan yang tidak bertanggungjawab kepada pasaran modal dengan memalsukan aliran pasaran sebenar.

TERAS kesal bila analisis bebas menunjukkan harga sebenar saham FGV adalah RM3.50 seunit, sedangkan RM4.62 adalah harga kerana campurtangan dalam bentuk pembelian oleh KWSP, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan institusi-institusi lain.

Jika ini berlaku FGV bagaikan menjadi saham kasino yang diperjudikan di bursa saham, melonjakkan harga saham secara palsu, memancing pelabur, dan kemudian membiarkan ia jatuh merudum bila sampai masanya pelabur hendak menjual saham.

Paling malang ialah pelabur di kalangan peneroka Felda sendiri. Mereka diberi pinjaman untuk membeli saham dan akhirnya terjebak dengan hutang untuk dibayar dengan bebanan yang amat berat.

Lain pula di kalangan pelabur besar seperti pengerusi FGV dan lembaga pengarahnya yang mendapat saham dan menjualnya awal untuk mendapat keuntungan.

Kini dengan harga minyak sawit mentah yang telah susut 23 peratus daripada RM3,225 setan metrik kepada RM2,477 setan metrik, manakala gred harga tawaran getah beku gred SMR CV jatuh 12 peratus daripada RM10.87 sekilogram kepada RM9.61 sekilogram, kerajaan tidak mungkin dapat bertahan dengan memaksa institusi-institusi terus menyuntik Dana bagi menaikkan harga saham komoditi itu di bursa saham.

Pasaran saham bagaikan nafas yang turun naik. Kenaikannya hanya boleh bertahan jika pasaran dunia wujud tren yang meningkat tetapi ketika sebaliknya bila pasaran dunia jatuh, bursa yang menyenaraikan industri berkenaan didalam papan perniagaannya akan pasti menjunam kerana pasaran domestik tidak cukup besar untuk bertahan dengan harga saham yang tinggi.-MD

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS
SOURCE-http://www.mindarakyat.com/
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong