Oleh: Wan Rohimi Bin Wan Daud @ 01022013
Bilamana anda keluar dari sekolah undang-undang, dan memulakan latihan dalam kamar selama 9 bulan, sebelum ditauliahkan sebagai seorang Peguambela & Peguamcara, perkataan yang sering disebut dan diingatkan oleh penceramah-penceramah dalam mana-mana kursus “etiquette” adalah:
“REMEMBER, YOU CLIENT IS YOUR POTENTIAL ENEMY”
(Ingatlah, Anakguam kamu berpotensi menjadi musuh kamu)
Selepas pusingan akhir pertarungan kami dalam permohonan Semakan oleh Felda (Review application pursuant to Rule 137 Rules Of The Federal Court 1994) pada 26/8/2010, maka berakhirlah perjuangan saya dan rakan-rakan selama 11 tahun (2000 – 2010) dalam mengendalikan kes Peneroka Kemahang 3. Kes ini tidak pernah dipedulikan oleh mana-mana pemimpin politik sehinggalah kami menang di Mahkamah Tinggi pada 13/1/2008 dan Mahkamah Rayuan pada 26/6/2009. Di Mahkamah Persekutuan sahaja, empat pusingan pertarungan undang-undang terpaksa kami lalui. Bermula dengan 2 permohonan kebenaran untuk merayu (leave to appeal), satu permohonan untuk penggantungan (stay) dan berakhir dengan permohonan Semakan (Review). Felda diwakili oleh sekumpulan 7 – 10 peguam yang diketuai oleh Tan Sri Cecil Abraham. Saudara mesti mengenalinya sebagaimana Deepak Jaikishnan mengenalinya. Ya. Tan Sri Cecil Abraham mengetuai kumpulan Peguam Felda sejak selepas kemenangan pusingan pertama pada 13/1/2008 di Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Saudara pasti mengenali bahawa Peguam ini adalah antara TopTen Peguam yang paling hebat dalam undang-undang sivil di negara ini. Justeru saudara boleh bayangkan cabaran pertarungan undang-undang di setiap prosiding Mahkamah, di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persetuan yang terpaksa kami tempuhi.
Hanya selepas kami memenangi kes yang pernah diludah oleh seorang Menteri ini, barulah ramai peneroka membukak mata. Banyak kes yang hampir sama di failkan diseluruh negara – berkaitan dengan penipuan greding buah sawit (Kadar Perahan Gred@KPG atau disesetengah tempat disebut sebagai Kadar Perahan Minyak@KPM). Oh rupanya kami mendahului pemikiran mereka lebih 10 tahun kehadapan!!!.
Maka bermula September 2010, selepas menolak yuran guaman, disbursements (perbelanjaan dalam mengendalikan kes termasuk fee Mahkamah, transport, penginapan Peguam, time sheet, percetakan, khidmat pakar sawit dan/atau konsultan, pasukan research) dan fees counsel yang dilantik, maka kami mula membayar wang akhir penghakiman secara berperingkat-peringkat. Semua kos itu saya tanggung seorang diri sejak 11 tahun. Kalau tidak semuanya, hampir sepenuhnya. Kos pengendalian kes yang paling asas sahaja mencecah ratusan ribu. Apa jadi kalau katakan kes ini kalah? Tentunya kos itu akan hangus begitu sahaja. Ya, saya bukanlah seorang ahli perniagaan yang baik. Sebab itu saya melabur dalam tempoh yang amat panjang, dengan zero jaminan pulangan wang. Risiko kerugian adalah 100%. Namun diwaktu saya mula bersetuju mengendalikan kes ini, nilai wang ringgit tidak pernah menjadi perhitungan saya. Saya hanya simpati dan tidak sampai hati untuk menolak permintaan mereka, maka kesanggupan dan kesediaan saya hanya atas dasar itu. Untuk memperjuangkan nasib mereka yang teraniaya! Membujur lalu melintang patah! Keyakinan saya – Tuhan telah mengatur perjalanan hidup saya sedemikian rupa.
Kenapa bayaran ini dibuat berperingkat-peringkat? Ini sinis dan fitnah blogger UMNO (pelacur jalanan) yang dimainkan sejak awal 2011. Ya. Bayaran dibuat berperingkat-peringkat kerana satu buku cek itu hanya ada 50 keping cek. Selepas habis 50 keping, saya perlu memohon satu buku cek baru, dan ia mengambil masa paling sekurang-kurangnya 2 hari bekerja. Dengan kekangan masa dan had buku cek, kami mengambil masa lebih sebulan untuk membayar kesemua 354 anakguam. Pelacur jalanan mendakwa saya sengaja menganiaya peneroka-peneroka dengan melewat-lewatkan pembayaran. Benar. Saya dahului kroni, saya dahului peneroka-peneroka yang dekat dengan saya. Saya bayar mereka dulu. Yang saya kenal selama 11 tahun, yang selalu dekat minum kopi bersama saya dalam tempoh itu, saya dahulukan. Ahli Jawatankuasa SuaraHati (Jawatankuasa Tuntutan) yang jatuh bangun bersama saya, saya dahulukan mereka. Saya bias? Ya. Saya bias kepada orang-orang yang berjasa dengan saya. Orang berbudi saya berbahasa. Saya sayang kepada ketua-ketua peneroka yang berani berjuang bersama saya, yang diugut bersama saya, yang dihentam bersama saya, yang difitnah bersama saya, yang dinafikan hak dan segala keistimewaan oleh Felda selama tempoh kes berjalan – dinafikan bantuan buku teks anak sekolah, dinafikan bonus tahunan, dinafikan wang raya, bahkan dinafikan apa sahaja manfaat dan imbuhan yang diistiharkan oleh Felda kepada semua peneroka. Penafian itu berlarutan selama 11 tahun. Bahkan ada ketua peneroka yang dilokap atas kesalahan yang sangat kecil. Ingat betul-betul – sebelas (11) tahun!!! Bukan satu minggu, bukan satu bulan, dan bukan juga satu tahun!!.
Kenapa perlu saya mendahulukan peneroka atau anak-anakguam yang tidak pernah mempedulikan kes ini. Selepas menyerahkan salinan Kad Pengenalan dan menandatangani Surat Akuan yang disediakan, mereka hilang. Jemput mesyuarat, tidak hadir. Jemput taklimat, tidak hadir. Prosiding-prosiding mahkamah, tidak hadir. Mintak derma barang RM10-00 untuk makan2 dan jamuan, oh bagai tangkai jering! Tapi jemput majlis-majlis kenduri dan makan-makan, ada juga yang hadir. Itu pun duduk jauh-jauh dihujung khemah, dan tergesa-gesa pulang sebaik sahaja selesai memboyotkan perut kelaparannya. Kenapa? Sebab takut pegawai Felda dan talibarut Felda nampak dan buat laporan? Takut disenarai hitam. Playsafe tahap tertinggi! Sebelah kaki saman Felda, sebelah lagi mengampu Felda. Spesis jenis ini memang wujud dimana-mana di dunia ini.
Sepanjang saya mengendalikan kes ini dalam tempoh 11 tahun, hanya lebih kurang 100 orang sahaja yang sangat-sangat setia. Yang jatuh bangun bersama. Yang akan bersama saya di mana-mana prosiding mahkamah. Yang sentiasa mengangkat bag-bag kotak Peguam, Yang mengirim ketupat, Yang menghantar buah salak, Yang sanggup memancing ikan-ikan sungai untuk juadah peguam, Yang rela menyembelih kambing, ayam dan itik tanpa soal, tanpa bayaran, Yang sentiasa bertanya khabar sakit dan khabar demam, bahkan Yang sentiasa memujuk saya untuk berkahwin dengan anak-anak dara pilihan mereka! Satu demi satu ditunjukkan kepada saya. Ha ha, masa itu saya masih bujang!!!.
SEBALIKNYA, nun disana adalah 50 peneroka yang tegar mengampu Felda. Selebihnya hanyalah memainkan watak playsafe. Supaya tidak disenaraihitam oleh Felda. 50 yang saya sebut itu, menjadi anakguam saya, tetapi dalam masa yang sama menjadi talibarut Felda. Segala rahsia dan strategi kami, akan disampaikan kepada Felda. Ingatkan SB ni diluar saja, rupanya dari kalangan anakguam sendiri. Lebih teruk, dari kalangan 50 anakguam saya ini, kerja mereka ialah menghasut anakguam yang lain. Ini berlaku lama sebelum kemenangan pada 13/1/2008. Ada dari kalangan mereka yang mendoakan kekakalahan kes mereka sendiri. Ada dari kalangan mereka yang kata: “kalau menang kes ini, aku sanggup telanjang keliling Kemahang 3”. Ada yang kata: “Rambut belah 7 pun kes ini takkan menang!”. Bahkan ada yang sanggup mengisi borang untuk menarik diri dari kes (sengaja saya buat borang itu untuk menilai kesetiaan mereka). 25 keping borang tarikh diri dihantar oleh Jawatankuasa ke pejabat saya, dan saya masih simpan sehingga kini. Bila saya diserahkan dengan borang itu, saya termenung panjang. Tetapi saya tidak berbuat apa-apa. Saya hanya simpan sebagai kenangan, sebagai rekod cabaran yang terpaksa saya hadapi. Karenah celaka dari anakguam sendiri! Ya, pada satu ketika saya tersangat marah dengan tindakan mereka. Namun bila habis amarah saya, hati kecil saya meminta saya bersabar. Saya tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap mereka. Kalau saya kurang sabar, saya akan tarik balik kes mereka dan daftarkan di Mahkamah. Tentunya mereka semua akan melopong, meraung dan histeria bagai orang gila, dikala teman-teman yang lain mendapat habuan wang penghakiman. Saya tidak tahu betul atau tidak tindakan saya yang hanya menyimpan Borang Tarik Diri tersebut. Terkadang, saya terfikir bahawa membantu peneroka seperti ini seumpama “melepaskan anjing tersepit”. Namun, dikala pembahagian wang penghakiman, 25 ekor anjing ini yang terlebih dahulu menyalak-nyalak kerana pembayaran kepada mereka, sengaja saya lambatkan!!!
Selepas selesai membuat pembayaran akhir wang penghakiman pada September atau awal Oktober 2010, semuanya gembira. Melompat-lompat seperti kera mendapat bunga. Termasuklah anjing-anjing tadi. Ada yang beli kereta baru, baiki rumah bocor, renovate rumah, kenduri anak kawin, pegi umrah, tidak kurang juga yang berpeleseran di Pekan Golok, mencari betina yang hina!!! Dari kalangan mereka, tiada seorang pun yang mengucapkan sepatah terima kasih kepada saya. Tiada seorang pun bertemu saya, menelefon saya atau sekurang-kurangnya sms saya untuk ucapkan terima kasih. Benar, tiada seorang pun! Itulah resam dunia, bila kita melepaskan anjing tersepit!
Pelacur jalanan mendakwa saya melarikan wang peneroka. Pecah amanah! Kaki Songlap! Peguam Tonto! Adus, kalau saya jumpa mereka secara berdepan dalam keadaan mereka menuturkan dakwaan itu, jangan panggil saya lelaki kalau saya tidak melepaskan penumbok jantan!
Bukanlah saya ini ingin mendabik dada dengan segala jasa dan sumbangan saya. Selama 11 tahun saya membakar segala keringat, wang ringgit dan masa. Selama 11 tahun saya menyerap segala tekanan dan ugutan. Selama 11 tahun saya senyum terhadap segala cemuhan dan fitnah. Selamat 11 tahun saya diserang dengan segala sihir dan ilmu hitam yang hebat-hebat. Tetapi Alhamdulillah, jika Tuhan tidak mengizinkan saya tumbang, saya akan bangun dan melawan! Lawan dan lawan...
Pelacur jalanan kata saya merampas hak peneroka? Mencuri harta peneroka? Pelbagai video diupload ke youtube untuk memfitnah dan menghina saya. Tidak mengapa. Izinkanlah sekejap saya mendabik dada seketika. Helo2, gred sawit peneroka di Kemahang 3 ditipu sejak 1996. Buah sawit yang dibayar dengan KPG 21 – 25%, dibayar hanya di bawah KPG18%. Dari 1996 – 2002, mereka ditipu dan pendapatan mereka dicuri. Kalau bukan sayalah yang sanggup mengambil kes ini, peneroka tak dapat apa pun. 2 tahun mereka cari peguam ke serata alam. Semua menolak dengan pelbagai alasan. Kalau bukan sayalah yang sudi membakar wang ringgit, anjing-anjing ini tidak akan mendapat satu sen pun. Bayangkan kalau kes itu tidak difailkan, apa yang peneroka akan dapat? Asap semata-mata. Kalau bukan saya yang menanggung beban kes ini selamat 11 tahun, apa peneroka akan dapat? Lopong semata. Adakah saya mengambil duit dari poket peneroka? Adakah saya meminta sedekah dari peneroka? Tidak! Sama sekali.
Kerja Peguam seperti saya adalah seperti mengutip sampah. Ya. Saya kutip sampah di Kemahang 3. Sampah yang tidak dipedulikan oleh mana-mana manusia, mana-mana pemimpin politik. Sampah yang amat busuk dan meloyakan. Saya bersihkan sampah itu. Saya cuci. Saya bilas. Saya bawak balik sampah itu ke pejabat. Setiap hari saya usap sampah itu. Setiap malam minda saya hanya memikirkan bagaimana yang jadikan sampah itu sebagai wang. Untuk bantu peneroka. Untuk kerjaya saya sebagai peguam. Untuk perniagaan guaman saya. Untuk perjuangan saya bahawa segala penindasan perlu dihentikan, walau pun terhadap manusia yang tidak punyai wang untuk biayai urusan guaman. Lama kelamaan saya bergelumang dengan sampah itu, Tuhan utuskan idea dan ilham. Tuhan utuskan pertolongan. Allah kurniakan tabah dan kesabaran. Allah berikan kekuatan luarbiasa bagi seorang anak muda kampung, untuk melawan Firaun. Allah berikan kekuatan untuk berjuang. Allah buka segala hijab. Allah tukar dari sampah menjadi emas. Allah tukar penghinaan kepada rezeki. Allah suratkan bahawa kes ini akan membuka mata pemimpin politik, dan membuka ruang kepada usaha-usaha untuk menghentikan penipuan greding sawit dan penindasan terhadap peneroka. Allah suratkan bahawa kes ini telah membuka mata peneroka lain diseluruh negara untuk bangun dan melawan. Hentikan sistem perhambaan yang menindas. Atas semua perancangan Allah itu, maka kemenangan berpihak kepada kami. Rezeki yang tiba-tiba diturunkan dari langit. Durian runtuh!!!
HANYA selepas hampir setahun peneroka menerima durian runtuh dan rezeki dari langit itu, selepas semua wang sudah habis dibelanjakan, peneroka yang masih merasai kemewahan hasil dari wang kemenangan itu, mula cemas apabila wang sudah habis. Mereka akan kembali miskin seperti sebelum menerima wang kemenangan itu. Dalam kecemasan itulah, anjing-anjing ini mula memainkan peranan menghasut, untuk menyaman saya. Anjing-anjing ini diketuai oleh seorang yang bukan peneroka, bukan anak peneroka pun, bahkan tiada kena-mengena dengan peneroka, tetapi diizinkan oleh Felda untuk menyewa sebuah rumah peneroka yang ditinggalkan (disebabkan peneroka asal telah meninggal dunia dan keluarga kembali menetap dikampung asal) yang berhadapan dengan pejabat Felda Kemahang 3. Ya, Pengurus Felda Kemahang 3 memberi izin kepada orang awam mendiami rumah peneroka di dalam kawasan Rancangan Felda. Alamat rumah itu ialah No. 229, Blok 10, Felda Kemahang 3, 17500 Tanah Merah, Kelantan. Setahu saya, dalam kawasan GSA, tidak boleh ada orang-orang lain yang mendiami Rancangan Felda kecuali peneroka dan keluarga terdekat sahaja. Tetapi di Kemahang 3, ini berlaku. Mungkin satu-satunya kes orang luar, orang awam mendiami Rancangan Felda di seluruh negara. Pada musim Felda sangat agresif menghalang mana-mana orang memasuki rancangan, inidividu bukan peneroka ini diberi kebenaran dan layanan yang sangat istimewa oleh Felda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan