10 ARTIKAL TERKINI
CARIAN BLOG INI
Jumaat, Februari 15, 2013
MAHASISWA GM13 DIKEPONG DIBANDAR PARLIMEN PEKAN
Hari ini 15/02/2013 sekitar jam 3 petang tadi kumpulan Mahasiswa GM13 telah diganggu oleh Pemuda UMNO dilokasi bandar Pekan. Pemuda UMNO Pekan bersama dengan ahli mereka telah mengepung mahasiswa dan mendesak mereka untuk keluar dari Pekan serta-merta. Kekecohan juga berlaku apabila ada ahli PAS cuba menasihati kumpulan Pemuda UMNO ini supaya bertenang kerena kejadian ini berlaku ditengah bandar Pekan dan betul-betul di bawah Pejabat PAS Kawasan Pekan.
Dalam kekecohan tersebut ada ahli GM13 dikasari dan ditampar dan ada mahasiswa ditarik tudung. Kejadian ini tidak sepatutnya berlaku didalam sebuah negara demokrasi dan berlaku pula di Parlimen Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak.
Beberapa ahli PAS yang kebetulan berada disitu membantu mengiring Mahasiswa untuk kembali ke penginapan mereka di Kg. Rompin Lama dan diiringin sebuah kereta peronda Polis. Kumpulan Pemuda UMNO ini kemudian mengekori Mahasiswa ke penginapan mereka dan menunggu seolah-olah mendesak untuk Mahasiswa mesti keluar dari Pekan petang ini juga..
Berita lanjut akan dimaklumkan segera..
https://www.facebook.com/Paskawasanpekan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kosong
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
kosong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan