INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Selasa, Februari 12, 2013

VIDEO PENGAKUAN MAHASISWA GM13 DI PARLIMEN PEKAN

Baru lima hari GM13 mengumumkan bertanding dalam PRU 13 di kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pekan, kempen kami sudah pun diganggu samseng Umno dengan membelasah aktivisnya, Ekhsan Bukhari tengah hari tadi...!

Mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel), Ekhsan Bukhairy dibelasah empat samseng Umno selepas mengedar risalah ‘Harapan Malaysia’ di Kampung Datuk Keramat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis.

Ekhsan selepas mengedar risalah, beliau bersama 2 yang lain, Fatih Abdul Aziz dan Alif Hafiz masuk ke kereta untuk ke lokasi lain. Tiba-tiba datang tiga lelaki tempatan merampas kunci kereta.

“Kemudian, datang tiga orang lagi yang mengaku ahli Umno, memaki kami. Mereka tarik saya keluar dari kereta hingga terjatuh. Mereka serta-merta menendang kepala dan badan yang terbaring di tanah."

“Saya cedera di beberapa bahagian di badan, antaranya siku saya berdarah dan bahagian leher baju koyak,” kata bekas Timbalan Presiden Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) itu.

Mengulas lanjut, Ekhsan berkata, kereta yang dinaiki mereka turut kemek di bahagian tepi manakala kereta seorang aktivis tempatan yang menjadi penunjuk arah kemek di bahagian depan.

“Saya hairan, kalau Datuk Seri Najib Razak betul-betul kuat di Pekan, kenapa hantar samseng untuk pukul kami? Kami datang bawa hujah dan idea. Mereka patut lawan dengan cara sama,” katanya.

Ketika ini, mereka dalam perjalanan ke balai polis untuk membuat laporan.




Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong