Pegawai dan anggota Polis yang terkorban di Semporna Mereka
adalah:
1. Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut,
Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah
Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia , Kubang Kerian, beliau
meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak
masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di
Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.
2. Asisten Superitendan Michael Padel 3.36 tahun
berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak .
Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah
a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan
dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.
3. Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK
4. Sarjan Aziz Sarikun, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna,
5. Koperal Salam Tongiran, 42 tahun berasal dari
6. Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.
Ia diumumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dan ia sudah dimasukkan ke Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Hamza berkata, jenazah semua anggota polis yang terkorban itu akan diterbangkan ke kampung halaman masing-masing dari Lapangan Terbang Tawau kira-kira jam 1 tengah hari ini.
Tinta Hijau DKB merakamkan ucapan TAKZIAH kepada semua
keluarga anggota yang terkorban.Artikel berkaitan DISINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan