10 mac 2013 - Medical Camp - Kem Kesiahatan anjuran Klinik Ummu Roihan dan PAS Kawasan Pekan di Peramu Jaya akhirnya berjaya dilaksanakan dengan kehadiran sehingga mencecah 121 orang mendaftar untuk pemeriksaaan rawatan percuma. Walaupun pada awalnya kem ini mendapat tentangan oleh tangan-tangan ghaib yang mendesak Tok Empat Peramu Jaya supaya membatalkan program tersebut namun melihat kepada program yang baik ini tidak sepatutnya dibatalkan urusetia penganjur membuat keputusan meneruskan juga dan Alhamdulillah ianya berjalan dengan baik dan mendapat sambutan yang sangat diluar dugaan.
Pihak penganjur amat bersimpati tekanan yang diterima oleh Tok Empat Peramu Jaya kerana pada dasarnya beliau amat bersetuju dengan program Kem Kesihatan ini tetapi beliau didesak oleh pihak yang dengki dengan penerimaan masyarakat kepada Kem Kesihatan ini. Mereka mendesak agar Tok Empat tidak membenarkan penganjur mnenggunakan ruang padang bola di Peramu Jaya 3. Namun atas dasar Padang Bola milik awam maka AJK penganjur membuat keputusan untuk meneruskan juga Program yang baik ini.
Alhamdulillah, ia berjalan dengan lancar hari ini dengan ramai yang hadir memuji penganjur kerana membawa Doktor-doktor pakar dari Hospital swasta ke kawasan perumahan mereka
Pengarah Urusan Klinik Ummu Roihan, Ustaz Abu Kassim bin Manaf mengucapkan terima-kasih kepada mereka yang sama-sama menjayakan program Kem Kesihatan ini dan berharap pada masa akan datang tiada lagi cubaan dari pihak yang dengki dan irihati untuk menggagalkan program yang baik dan bermanafaat kepada masyarakat setempat. Program bermula 8.00 pagi dan berakhir sekitar jam 1.00 petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan