PERTEMUAN MUHIBBAH BERSAMA POLIS
Petang ini, selaku Yang DiPertua PAS Kawasan Tenggara, saya mengetuai rombongan PAS membuat pertemuan dengan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi yang baru, Supt Mohd Nor Rasid dan beberapa orang pegawai kanan yang lain. Turut bersama Left Kol(B) Hj Nazari Mokhtar, Tim. YDP PAS Kawasan, HJ Mohzit Mohid, Hj Husin Dami, Puan Hajah Hatijah Mohamed Jani dan beberapa orang lagi pimpinan PAS Kawasan.
UMNO Bahagian Tenggara pula dihadiri oleh sebahagian besar pimpinan Bahagian dan Ketua2 Cawangan seramai 10 orang.
Selain merakamkan tahniah kepada OCPD baru, PAS memberi beberapa saranan demi mengambil tanggungjawab menjaga keamanan dan ketenteraman masyarakat. Khususnya, ia berkait rapat mengenai penganjuran ceramah, provokasi dan gangguan ceramah, pemasangan bendera parti dan kepentingan mengawal tingkah laku penyokong masing2.
Sdr Khairudin, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Tenggara telah mengalu2kan keterbukaan parti masing2 dalam memelihara keselamatan. Ia juga dijanjikan oleh Ketua dan wakil cawangan Umno Felda Sg Sayong, Bkt Besar dan Bkt Ramun menerusi ucapan mereka.
Pandangan Ketua Cawangan Khas IPD Kota Tinggai, ASP Sabri, agar Skuad rondaan diwujudkan untuk memantau kegiatan parti dan keselamatan syiar parti seperti bendera umpamanya, amat dialu2kan. PAS sememangnya menerusi Taskforce Keselamatan akan melaksanakan usaha tersebut.
Bukan itu sahaja, kerjasama dua hala antara PAS-UMNO bagi mempastikan perjalanan pilihanraya berlangsung aman akan dilakukan. Unsur sabotaj, gangguan dan ugutan oleh anasir luar dan para samseng jalanan akan dipantau bersama. Contoh2 gangguan dari pemuda bermotosikal yg membuat bising, budak sekolah yg diupah membaling batu, samseng2 jalanan yg membuat kecoh akan ditangani bersama oleh PAS dan UMNO. Komitmen pihak Polis yg tidak berkompromi dengan gelagat tidak senonoh mana2 pihak sangat dihargai.
Bahkan, janji polis untuk menggunakan peruntukan seksyen tertentu menangkap dan mendakwa samseng2 jalanan tidak kira dari pihak mana sekalipun, isyarat dan amaran kepada mereka yang melanggar undang2.
PAS menyambut baik cadangan penggunaan dewan orangramai,padang bola dan premis2 lebih selesa untuk mengelakkan gangguan suara kepada masyarakat sekeliling. Selama ini, memang premis tersebut dipohon. Tapi, pihak JKKK tidak pernah meluluskannya.
InshaAllah, ceramah Dato' Fauzi Shaari, bekas Pengarah JSJ Bkt Aman pada 3 April ini, PAS akan memohon Dewan Serbaguna Felda Bkt Besar. Adalah diharapkan Ketua Kampung dan JKKK Bkt Besar berlapang dada dan meraikan pandangan pihak Polis, PAS dan UMNO sendiri supaya ada ceramah di tempat yg lebih selesa dan tidak mengganggu masyarakat sekeliling.
Kesimpulannya, pertemuan hari ini sangat positif. Susulan dari perbincangan petang ini akan dibuat.
Memorandum dan cenderahati dari PAS Kawasan Tenggara telah diserah kepada OCPD Daerah, tanda penghargaan dan suatu harapan kearah kerjasama lebih baik di masadepan.
Saya ingat kata2 OCPD tadi, siapa pun jadi Kerajaan, tidak kira BN atau PR, polis tetap adil dan bertindak profesional demi keselamatan rakyat pada keseluruhannya.
Alhamdulillah, pertemuan petang ini telah mencapai maksudnya. Saya akan cadangkan, seluruh IPD dapat mengambil inisiatif sama. Ia akan dikembangkan ke agensi2 dan premis lain. Keterbukaan dari enggagement yang memudahkan Pakatan Rakyat apabila ambilalih Putrajaya!
Petang ini, selaku Yang DiPertua PAS Kawasan Tenggara, saya mengetuai rombongan PAS membuat pertemuan dengan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi yang baru, Supt Mohd Nor Rasid dan beberapa orang pegawai kanan yang lain. Turut bersama Left Kol(B) Hj Nazari Mokhtar, Tim. YDP PAS Kawasan, HJ Mohzit Mohid, Hj Husin Dami, Puan Hajah Hatijah Mohamed Jani dan beberapa orang lagi pimpinan PAS Kawasan.
UMNO Bahagian Tenggara pula dihadiri oleh sebahagian besar pimpinan Bahagian dan Ketua2 Cawangan seramai 10 orang.
Selain merakamkan tahniah kepada OCPD baru, PAS memberi beberapa saranan demi mengambil tanggungjawab menjaga keamanan dan ketenteraman masyarakat. Khususnya, ia berkait rapat mengenai penganjuran ceramah, provokasi dan gangguan ceramah, pemasangan bendera parti dan kepentingan mengawal tingkah laku penyokong masing2.
Sdr Khairudin, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Tenggara telah mengalu2kan keterbukaan parti masing2 dalam memelihara keselamatan. Ia juga dijanjikan oleh Ketua dan wakil cawangan Umno Felda Sg Sayong, Bkt Besar dan Bkt Ramun menerusi ucapan mereka.
Pandangan Ketua Cawangan Khas IPD Kota Tinggai, ASP Sabri, agar Skuad rondaan diwujudkan untuk memantau kegiatan parti dan keselamatan syiar parti seperti bendera umpamanya, amat dialu2kan. PAS sememangnya menerusi Taskforce Keselamatan akan melaksanakan usaha tersebut.
Bukan itu sahaja, kerjasama dua hala antara PAS-UMNO bagi mempastikan perjalanan pilihanraya berlangsung aman akan dilakukan. Unsur sabotaj, gangguan dan ugutan oleh anasir luar dan para samseng jalanan akan dipantau bersama. Contoh2 gangguan dari pemuda bermotosikal yg membuat bising, budak sekolah yg diupah membaling batu, samseng2 jalanan yg membuat kecoh akan ditangani bersama oleh PAS dan UMNO. Komitmen pihak Polis yg tidak berkompromi dengan gelagat tidak senonoh mana2 pihak sangat dihargai.
Bahkan, janji polis untuk menggunakan peruntukan seksyen tertentu menangkap dan mendakwa samseng2 jalanan tidak kira dari pihak mana sekalipun, isyarat dan amaran kepada mereka yang melanggar undang2.
PAS menyambut baik cadangan penggunaan dewan orangramai,
InshaAllah, ceramah Dato' Fauzi Shaari, bekas Pengarah JSJ Bkt Aman pada 3 April ini, PAS akan memohon Dewan Serbaguna Felda Bkt Besar. Adalah diharapkan Ketua Kampung dan JKKK Bkt Besar berlapang dada dan meraikan pandangan pihak Polis, PAS dan UMNO sendiri supaya ada ceramah di tempat yg lebih selesa dan tidak mengganggu masyarakat sekeliling.
Kesimpulannya, pertemuan hari ini sangat positif. Susulan dari perbincangan petang ini akan dibuat.
Memorandum dan cenderahati dari PAS Kawasan Tenggara telah diserah kepada OCPD Daerah, tanda penghargaan dan suatu harapan kearah kerjasama lebih baik di masadepan.
Saya ingat kata2 OCPD tadi, siapa pun jadi Kerajaan, tidak kira BN atau PR, polis tetap adil dan bertindak profesional demi keselamatan rakyat pada keseluruhannya.
Alhamdulillah, pertemuan petang ini telah mencapai maksudnya. Saya akan cadangkan, seluruh IPD dapat mengambil inisiatif sama. Ia akan dikembangkan ke agensi2 dan premis lain. Keterbukaan dari enggagement yang memudahkan Pakatan Rakyat apabila ambilalih Putrajaya!
ooooooooooOooooooooooo
Antara pimpinan Umno Bahagian dan Cawangan dlm Parlimen Tenggara yang hadir semasa pertemuan bersama PAS serta OCPD Daerah Kota Tinggi petang semalam.
Antara saranan dan persetujuan yg dicapai:-
1. Penubuhan Skuad Rondaan memantau aktiviti parti dan keselamatan premis/syiar parti
2. Polis mempertingkatkan komitmen mengawal program parti politik
3. Politik tidak berkompromi dengan kegiatan dajal dan khianat(ayat OCPD)yang cuba mengganggu program parti lain; contohnya pemuda bermotosikal yg membuat kacau, baling batu dan provokasi. Kuatkuasa undang2 akan dilakukan termasuk menangkap,mereman dan dakwaan mahkamah akan dilakukan.
4. Parti masing2 akan melantik wakil untuk bekerjasama dengan polis memantau aktiviti parti.
5. PAS akan memohon menggunakan dewan serbaguna, balairaya dan premis lebih sesuai bagi menangani isu ganguan ceramah yg selama ini tidak dibenarkan oleh JKKK dan Pihak Berkuasa.
Keputusan perbincangan ini akan menguji kewibawaan dan kematangan pemimpin parti masing2. Penubuhan Skuad Rondaan akan membantu polis mengenal pasti siapa dalang yg simbah cat, bakar bendera dan melakukan provokasi.
PAS berpegang dengan jaminan Polis. Dapat tangkap samseng2 ini; reman dan dakwa mereka. Penjarakan mereka!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan