INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

MADU KELULUT CHINI 4

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Memuatkan ...

Khamis, Mac 07, 2013

SUARA DARI PRESIDEN PAS DALAM ISU SABAH



Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengambil berat dan memantau dengan serius perkembangan isu pencerobohan yang berlaku di Sabah kerana ia berkaitan dengan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat Malaysia dalam negara mereka sendiri. Kehilangan nyawa anggota keselamatan yang menjalankan tugas secara professional menjaga keselamatan negara ini pula tentulah akan dikenang dalam lipatan sejarah sebagai satu pengorbanan yang teramat tinggi nilainya.

Pada masa yang sama, pendedahan demi pendedahan terhadap wujudnya kelemahan wibawa kepimpinan negara dalam menguruskan isu tuntutan serta menyelesaikan punca masalah (root–cause) krisis ini dari mula berputik sehingga kini menjadi satu tragedi sebagaimana yang dipaparkan kepada kita melalui berbagai bentuk media, telah membuka mata kita betapa bahayanya negara ini jika kita meletakkan masa depan negara di tangan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah selama lebih 50 tahun ini.

PAS juga berpendirian dalam situasi hari ini keselamatan rakyat Malaysia sama ada dari kalangan pasukan keselamatan yang sedang bertugas dan rakyat keseluruhan perlu menjadi keutamaan, bukannya mempertikaikan kesetiaan mana-mana pihak terhadap negara. PAS yakin seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai kaum termasuklah mereka dari keturunan Sulu yang menjadi warga negara Malaysia itu akan menumpahkan taat setia kepada Malaysia. Dengan sebab itu, tindakan mana-mana pihak yang menggelar rakyat Malaysia yang lain sebagai pengkhianat atau musuh dalam selimut boleh mencetuskan ketegangan kaum dan akan menimbulkan satu lagi masalah baru kepada Malaysia.

Menyedari betapa pentingnya isu kedaulatan negara yang bukan sahaja menjadi tanggungjawab pasukan keselamatan, serta keperluan rakyat Malaysia bersatu padu menumpahkan taat setia kepada negara dalam keadaan yang genting seperti ini, PAS dalam Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihanraya hari ini telah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Kedaulatan, Keselamatan Negara dan Rakyat. Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS YB. Dato’ Haji Mahfuz Omar, Timbalan Pengerusi YBhg. Dato’ Fauzi Shaari (mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Di Raja Malaysia, Bukit Aman) dan akan dianggotai oleh tokoh-tokoh dari kalangan bekas-bekas pegawai tinggi polis dan tentera, mantan pegawai-pegawai kerajaan dan veteran politik. Jawatankuasa ini berperanan utama untuk meneliti, menilai dan membuat cadangan terhadap isu-isu kedaulatan dan keselamatan negara serta rakyat setelah kita melihat kegagalan dan kelemahan ketara di pihak kerajaan pimpinan BN yang ada ini.

PAS juga mengalu-alukan langkah pro-aktif Dewan Pemuda PAS yang mewujudkan tabung khusus bagi membantu keluarga anggota keselamatan yang ditimpa musibah ini, dan saya meminta agar setiap ahli PAS di seluruh negara turut sama memberikan sumbangan sekurang-kurangnya seringgit bagi setiap orang sebagai satu amal kebajikan.

Akhir sekali, PAS menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia supaya mempertingkatkan iltizam kita untuk mempertahankan kedaulatan negara dan terus memupuk semangat perpaduan bagi mengelakkan ketegangan kaum yang boleh timbul akibat isu pencerobohan ini. Rakyat Malaysia keseluruhannya mesti menghindari provokasi mana-mana pihak yang cuba ‘menangguk di air keruh’ untuk meraih kepentingan mereka yang sempit, dan mengutamakan solidariti rakyat Malaysia di saat-saat genting seperti ini.

PRESIDEN PAS
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong