INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Isnin, Mac 04, 2013

Sultan Sulu” letak jawatan sebagai ahli UMNO.... KESAH DALAM KELAMBU UMNO... TOLONGLAH JANGAN BABITKAN PR..!!!!



KOTA KINABALU 22 Feb. – Datu Mohd Akjan Bin Datu Ali Muhammad, yang diselubungi kontroversi selepas diisytiharkan sebagai Sultan Sulu di sini baru-baru ini, hari ini mengumumkan peletakan jawatannya daripada UMNO berkuat kuasa serta merta.
Beliau berkata, peletakan jawatan itu yang dinyatakan dalam sepucuk surat yang dihantar ke ibu pejabat UMNO dengan salinannya dikirim ke pejabat di Sabah, akan menyelamatkan parti itu daripada bersusah payah membincangkan tentang keahliannya dalam UMNO sejak lebih dua dekad lepas.
Dalam satu kenyataan, Mohd Akjan berkata laporan polis dan serangan dalam media susulan berita beliau dilantik menjadi Sultan Sulu ke-33 bermotifkan politik dan bertujuan memusnahkan nama baik beliau.
"Saya mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kumpulan individu dan organisasi ini,” katanya.
Mohd Akjan berkata apa yang telah dirujuk sebagai pertabalan sebenarnya merupakan majlis kesyukuran yang diadakan selepas beliau menerima jawatan itu yang ditawarkan kepadanya oleh kerajaan sementara Sulu yang mendapati beliau adalah keturunan langsung Sultan Sulu yang terakhir, Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Shariful Hashim 1.
Beliau berkata setelah tiga kali menolak untuk menjadi Sultan Sulu, beliau akhirnya bersetuju selepas mereka menerima beberapa syarat — satu daripadanya ialah mereka menggugurkan tuntutan terhadap Sabah.
Mohd Akjan berkata penerimaan itu dibuat secara bertulis dan ditandatangani pada majlis kesyukuran itu.
Katanya, beliau seorang warga Malaysia yang dilahirkan di Kudat dan sangat sayangkan negaranya.
Beliau, bagaimanapun, menegaskan bahawa beliau terpaksa melepaskan taraf sebagai warganegara Malaysia sebelum majlis ”pertabalan sebenar” diadakan. - Bernama



Menurut laporan portal berita Manila Bulletin, Nur Misuari, Pengasas Pertubuhan Pembebasan Bangsamoro (MNLF) mendakwa bahawa Perdana Menteri Najib Razak telah menjanjikan sesuatu kepada kumpulan etnik Sulu. Sila rujuk: http://mb.com.ph/articles/394999/don-t-harm-sultan-s-men-nur-warns-malaysia#.UTNyfKJp0nQ untuk laporan terperinci.

Rupa-rupanya Sultan Sulu adalah ahli UMNO yang sah.

dah bagi betis, nak paha.....
dah bagi IC, nak negeri pula....
RUPANYA.... Datu Mohd Akjan Ali Muhammad ,adalah Pengerusi PEKIDA Sabah, istihar diri sultan sulu... dan juga ahli umno.... TAPI ANWAR juga dipersalahkan...

Kalaulah Pemimpin Sulu ini pergi ke Kongres Keadilan, Muktamar PAS atau AGM DAP, pasti gegak gempita seluruh TV, radio, surat khabar, majalah, macai-macai akan mencanang, "sah! pembangkang agen pemberontak Sulu".

Tapi Allah swt Maha Besar, Dia tunjukkan siapa UMNO yang sebenarnya.

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong