INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Ahad, April 21, 2013

ISA SAMAD HANYA DENGAR LAGU 60 HAN SAJA.

 Calon BN di Parlimen Jempol, Tan Sri Mohd Isa Samad berkata pencabarnya penyanyi Aishah yang popular dalam industri seni tanah air tidak akan merencatkan kempennya dalam hari-hari yang akan datang.

Ini kerana, beliau akan memberi tumpuan kepada persaingan yang dilihatnya berlangsung di antara BN yang menentang seteru politiknya iaitu PAS - sebuah "parti yang banyak masalah".
"Saya tak ada kisah sangat sama ada dia (Aishah) penyanyi, ustaz, guru atau peguam kerana yang itu memang profesion dia.

"Cuma kita berlawanan dari segi parti, maknanya kita berlawan dengan PAS dan kita tahu PAS sedang menghadapi banyak masalah," katanya sambil menambah bahawa keyakinan orang ramai terutamanya umat Islam dan ahli parti sendiri terhadap PAS semakin berkurangan.

Ditanya sama ada beliau sendiri ada meminati Aishah sebagai seorang penghibur, Isa ketawa kecil dan menjelaskan beliau hanya mendengar lagu-lagu 60-an sahaja.

 "Saya lagu-lagu baru tak ada (dengar). Saya (dengar) semua lagu-lagu 60-an sahaja," katanya sewaktu satu wawancara ringkas bersama beberapa media, termasuk Malaysiakini di Jempol pagi tadi.

Isa sebelum ini adalah ahli dewan undangan negeri (ADUN ) Bagan Pinang dan sekarang bertanding merebut kerusi parlimen Jempol yang sebelum ini disandang Datuk Lilah Yasin.

Mahu sapu bersih semua DUN di Jempol

Lilah sekarang ini bertanding di kerusi DUN Palong bagi memberi laluan kepada bekas menteri besar Negeri Sembilan itu mencuba nasib untuk menjadi ahli Parlimen.

Mengulas peluangnya, Isa yakin BN mampu menang bersih di semua kerusi yang ditandingi di Jempol.

Keyakinan itu disandarkan Isa kepada rekod lima tahun Pakatan di Negeri Sembilan yang menurutnya hanya tahu "mengolah isu" tetapi pada masa yang sama belum menampakkan "idea yang luar biasa".


"Pakatan Rakyat ini hidup dengan isu sahaja. Masa penawaran pertama saham (IPO), mereka kata kita jual minyak pada Israel. Itu tidak betul.

"Mereka juga pernah dakwa Felda bankrap," kata Isa yang juga merupakan pengerusi badan pelaburan Felda, Felda Global Venture (FGV).

Jika beliau menang kerusi Jempol, Isa dijangka akan dilantik sebagai menteri memandangkan beliau sebelum ini pernah menyandang jawatan menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sewaktu memenangi kerusi yang sama pada pilihan raya tahun 2004.

Beliau terpaksa melepaskan jawatan itu pada tahun 2005.

Sumber dari sini
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong