INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Selasa, April 30, 2013

LAGI SAMSENG DI KG.MURNI JAYA KULAI


Sepatutnya ceramah malam ini di kawasan Gerai Niaga Kg Murni Jaya, Kulai. Permit telah dikeluarkan oleh pihak IPD Kulai. Umno telah menghalang ceramah malam ini atas alasan ia berhampiran dengan Bilik Gerakan BN.

Alasan Umno tidak munasabah kerana Bilik Gerakan BN sebenarnya adalah Balairaya yg disalahguna utk tujuan politik Umno. Kenapa BN guna Balairaya, mana premis mereka?

Oleh kerana keadaan mula tegang dengan provokasi mereka yg disaksikan sendiri oleh penduduk Kg dan polis, saya berikan pandangan kepada YDP PAS Kawasan, sdr Hisham, agar kita mengalah. Meskipun segala persiapan telah siap dan ceramah hendak dimulakan dgn penceramah pertama, sdr Emran Kamin, Sdr Hisham mengarahkan ceramah dibatalkan.

Bagi saya ia bukan medan utk beradu kekuatan. Saat2 akhir menjelang pengundian, pendekatan memujuk pengundi harus ditingkatkan. Jangan dilayan provokasi Umno, biarkan gelagat samseng dan kebudak2kan mereka diperhatikan penduduk.

Sabar kita yg tinggi akan mengalahkan keangkuhan mereka!

Kami berpindah ke Bilik Gerakan PAS yg berhampiran iaitu Felda Bkt Permai. Berundur bukan berarti kita kalah. Buktinya, 2 orang anak muda yg menyaksikan insiden malam ini berjumpa dgn Sdr Hisham minta borang PAS!
Mereka tertarik dengan akhlak ahli PAS yg sabar dan tidak emosional.

Bebudak BN terjerit2 dgn laungan ' Hidup BN'....

Para pegawai polis sendiri mengucapkan tahniah dan terimakasih kepada PAS yg sanggup bertolak ansur. Mereka sendiri cadangkan PAS buat laporan polis supaya siasatan dpt dibuat. Bahkan, dalangnya telah dikenal pasti. Kita serah kpd kebijaksanaan polis utk tindakan selanjutnya.

Kekecohan malam ini pasti akan jadi bualan esok hari di kedai kopi, pasar dll. PAS akan dapat simpati masyarakat. Bagi pemimpin Umno, mereka tentu bangga dpt halang ceramah PAS.

Namun, impak dari perangai hodoh pemimpin Umno, undi PAS akan meningkat.
InshaAllah, 5 Mei sama2 kita tunggu...

INI KALILAH!
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong