Nama Isa
Samad langsung tidak tercapai dek akal kita yang waras kerana BEKAS penyandang
kerusi DUN Bagan Pinang ini bukannya asing lagi dalam politik negara.
Selain pernah menjadi
menteri besar, Isa juga pernah dilantik menjadi menteri wilayah persekutuan
setelah ditendang dari kerusi DUN pada 1995 semasa zaman BEKAS perdana menteri,
Mahathir Mohamad berkuasa dahulu.
Tetapi nama Isa mula
tercalar apabila didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno kerana
mengamalkan politik wang (baca: rasuah) dalam perebutan jawatan Naib Presiden
parti reput itu.
Sejak itu namanya mula diperkatakan
sebagai pemimpin rasuah hingga tidak dicalonkan semula di mana-mana kerusi DUN
mahupun parlimen sampailah dilantik mewakili BN dalam pilihanraya kecil DUN
Bagan Pinang.
Alsaan Isa kononnya
peneroka Felda yang berada di kawasan parlimen itu akan mengundinya bagi
menjamin kemenangan BN rupanya penuh dengan tipu muslihat.
Walaupun Jempol agak tidak
asing dengan nama Isa, mengapa setelah nama BEKAS penyandang, Lilah Yassin
diturunkan di DUN, timbalannya Mohd Salim Mohd Shariff tidak diangkat
menggantikannya?
Sudahlah Lilah 'diturun
pangkat', nasib ahli jawatankuasa Umno bahagian juga semakin tidak pasti
setelah nama Isa diletak sebagai calon mereka yang memang diketahui penuh
dengan skandal rasuah dan krisis wabak Japanese Enciphilitis (JE) di Bukit
Pelanduk dulu.
Krisis perebutan kuasa
dalam Umno bahagian pasti akan lebih sengit dengan hadirnya Isa di bahagian itu
kerana bukan setakat membawa nama tetapi juga saham Felda .
Pada hemat saya,
perlantikan Isa sebenarnya lebih kepada satu penghinaan terhadap pengundi
Jempol daripada penghormatan kerana rekod kesalahannya sudah terbukti buruk
selain ia juga ada kaitan dengan apa yang berlaku dengan BEKAS perdana menteri,
Najib / rosmah.
Ia mirip apa yang terjadi
kepada kerusi parlimen Shah Alam apabila Zulkifli Noordin diangkat menjadi
calon BN walaupun ramai lagi tokoh Umno setempat yang boleh diketengahkan untuk
menentang bekas penyandang, Khalid Samad.
Umum sudah mengetahui kisah
yang terjadi di Port Dickson apabila penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri
Sembilan (JAINS) menyerbu sebuah bilik mewah di sebuah hotel terkenal di pantai
peranginan itu ketika Isa menjadi menteri besar pada 1993.
Perlantikannya menjadi
calon DUN Bagan Pinang dan menang menguatkan lagi khabar bahawa ada yang memang 'terhutang budi' kepada Isa dan namanya
terus dinaikkan menjadi pengerusi Felda setelah Yusof Noor berundur.
Dan hari ini, 'hutang budi'
telah dibalas satu persatu mengharapkan agar Isa tidak akan usiknya lagi
selepas ini.
Pun begitu, perlantikannya
juga dikatakan untuk menghalang populariti Aishah yang sudah mula mendapat
tempat di hati pengundi selain pengundi wanita juga menghormatinya sebagai
seorang ilmuwan semasa Aishah berjaya menggengam ijazah sains politik dari
universiti di New Zealand
dulu.
Isa ditugaskan di parlimen
untuk menyekat kemaraan Aishah selain menyelamatkan kedudukan BEKAS menteri
besar, Mohamad Hasan yang dicalonkan di DUN Rantau tanpa digugat lagi.
Persoalannya, bolehkah Isa
ditahan dari terus 'naik' hingga kembali dilantik menjadi menteri semula?
Apakah pengundi Jempol mula
'tersilau' dengan nama Aishah atau sebaliknya dengan hadirnya bekas perasuah seperti Isa di kawasan mereka?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan