10 April 2013
Jingga 13 Malaysia mengucapkan tahniah kepada Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia Saudara Fariz Musa yang juga adalah ahli Majlis Pimpinan Pusat 2010-2013 kerana diberi kepercayaan untuk bertanding di Parlimen P85 Pekan, Pahang yang diumumkan tadi oleh Dato Seri Anwar Ibrahim
P85 Pekan akan menyaksikan pertembungan antara Fariz Musa (PKR), Bukhairy Suffian (GM13 yang bertanding atas tiket BEBAS mewakili Gerakan Mahasiswa) dan Dato Seri Najib Razak (Presiden UMNO pertama yang bakal menjadi Ketua Pembangkang Malaysia).
Dan bermulalah kempen melawan persepsi buruk yang dilemparkan pihak lawan. UMNO-BN memburukkan dan menakutkan rakyat Pekan. Baru sahaja sekitar 2 jam diumumkan, pelbagai cerita yang keluar dia media blog, twitter dan facebook milik penyokong Pro-UMNO. Cerita seks pun antara agenda mereka seolah olah semua pimpinan PR terutama dari PKR adalah jahat dan jahil. Malah ada juga kononnya ahli UMNO menyokong PAS kalau PAS yang bertanding di Pekan. Pelbagai lagi propaganda yang sebenarnya hanya untuk melagakan sesama PR, dan secara tidak langsung bertujuan mengurangkan keyakinan rakyat Parlimen Pekan untuk tidak mengundi calon dari parti pembangkang.
Sebagai Ketua Koordinator Penerangan Jingga 13 Malaysia mengucapkan tahniah buat Saudara Fariz Musa. Buat jentera Jingga 13 yang sedang bertugas dan yang akan hadir bertugas di Pekan bersama jentera PKR, sedikit ungkapan utk dijadikan peneman perjuangan
"Bersabarlah sedikit dalam kepayahan ini dan jagalah diri anda dalam satu barisan. Jangan sesekali dirasuk oleh orang orang munafiqin yang bersedia mengganggu anda setiap masa untuk mematahkan semangat anda dan mereka akan bercakap bukan dari hati mereka" - Sheikh Yusof Al-Qadhrawi
Orenji Ren Oren
Ketua Koordinator Penerangan
Jingga 13Malaysia
Orenji Ren Oren
Ketua Koordinator Penerangan
Jingga 13
Tiada ulasan:
Catat Ulasan