INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Khamis, Mei 16, 2013

Aku budak pondok: Biarlah Rahsia


N15 DUN Tanjung Lumpur
Oleh kerana keewangan keluarga yang terbatas, membesar sebagai anak yatim, ketika dipondok saya cuba sedaya upaya untuk tidak meminta duit dari keluarga kecuali perlu sangat. Rutinnya bagi pelajar pondok akan tinggal seorang diri, kebiasaannya guru tidak membenarkan untuk tinggal berdua atau lebih kerana dibimbangi banyak bersembang yang menyebabkan terjejas hafalan dan penumpuan pengajian.

Sifat suka mencari duit untuk survival sendiri dah ada semenjak sekolah menengah lagi, bila duduk dipondok sikap itu terus membara, hingga satu hari terfikir untuk buat kueh untuk dihantar kekedai, puas juga fikir, nak buat kueh apa, sebab kita orang lelaki, malu juga, lagi pun tak pernah pulak orang buat..bila dah kuat sangat hasrat tu, saya berjalan ke beberapa kedai makan dan warung untuk tengok kueh apa yang sesuai, hinggalah terjumpa sejenis kueh yg rasa sesuai, saya cuba mendapatkan pembuat kueh dan bertanya cara membuatnya..Alhamdulillah bertemu dan dia mengajar kepada saya cara nak membuatnya, baik sungguh makcik tu, bukan ajar buat kueh je, siap suruh jadi menantu lagi, tapi tak nak sebab umur muda lagi.

Agak lucu, sebab kueh ni ringkas je cara buatnya, tidak berbau, tak bising dan sangat ringkas untuk membuatnya, biasanya saya buat diwaktu malam, bila dah nak tidur dan akan masak lebih kurang sebelum subuh, tak perlu tunggu, dia masak sendiri je..hehehe, bahan2nya saya sorok dalam almari dan kunci, malu kat kawan2, hampir 4 tahun saya buat, tiada siapa yang tahu. Waktu pagi nak turun Masjid sebelum subuh saya akan hantar kekedai dihadapan pondok, saya sangkut kat pintu kedai, hanya tokey kedai saja yang tahu, memang dia tahan rahsia atas permintaan saya. 3 hari seminggu saya buat kueh, dapatlah keuntungan dalam RM 5 sekali buat, biasanya habis semua, sedap kott, hehehe.

Terkadang yang lucu, ada kawan2 beli kueh tu dan bagi kat saya, nak pengsan rasanya menahan gelak, tapi buat selamba je..saya makan juga kueh yang dibeli oleh rakan saya, maklum mak cover rahsia, siap puji lagi kueh sendiri "best jugak kueh ni ye" ..rakan saya kata "ha ah, memang best pun, habis sokmo kat kedai"..kembang juga rasanya, ha3. Begitulah masa berlalu selama 4 tahun, sehingga saya berpindah ke pondok lain, tiada siapapun tahu termasuk kawan2 rapat saya, bahawa kueh itu adalah hasil air tangan saya. Terkadang bila ada masa saya buatkan juga pada anak-anak sambil cerita kisah "ayah dok dipondok"..walaupun saya tak minat kueh tu, tapi buat sesekali sebagai nostalgia manis..namun sehingga kini ia tetap rahsia, saya ceritakan juga pada isteri dan dia pun pernah bertanya "kueh apa bang?".. Saya kata "Biarlah Rahsia".

Sempena hari guru saya dedikasikan juga pada AlMarhummah Mak cu yah , guru yang ajar saya buat kueh, dia dah meninggal, moga Allah swt Rahmati Rohnya. Walaupun saya menolak untuk menjadi menantunya, walaupun ia tak jadi mentua saya, namun dia guru saya dunia dan akhirat. Namun kueh "Biarlah Rahsia" tetap mencatatkan nostalgia paling manis dalam hidup saya..Biarlah Rahsia..

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong