10 ARTIKAL TERKINI
CARIAN BLOG INI
Rabu, Mei 08, 2013
DIMALAYSIA HANYA ADA KAUM PEMODAL DAN KAUM PEKERJA SAHAJA
Syed Abdullah Syed Hashim
Kepada sesiapa yang membenci kaum cina di Malaysia ini, aku cadangkan dia tukar masa ini ke tahun 1950. Kempen dengan semua rakyat Malaysia apabila kita Merdeka pada tahun 1957, semua orang cina dan bangsa selain dari Malayu di hantar ke England sebab mereka warga negara British. Lepas itu kita Merdeka dengan slogan Malaya untuk Melayu.
Sayangnya, kita tidak boleh berbuat demikian, pemimpin kita yang menuntut kemerdekaan bersetuju untuk menerima kaum itu sebagai warga negara (selamatlah British. Jika tidak di negara mereka akan dipenuhi oleh bangsa yang mereka bawa masuk ke malaya semasa penjajahannya)
Semuanya telah berlalu...... kini kita perlu menerima kaum lain sebagai warganegara Malaysia yang sama tarafnya dengan kita. Cuma kita risau kaum ini lebih maju dari kita. Mungkin bila kita melihat orang Cina kita lihat taukeh yang kaya-kaya. Kita lupa untuk menjengah orang cina yang bertanam sayur di Camareon Highland. Hidup mereka susah. Kita juga lupa nak tanya driver teksi cina di KL (ada yang telah berumur 70 tahun masih bawa teksi dan tak kahwin kerana tak cukup wang.
Bila kita tengoh orang India, kita gambarkan saudagar kain, karpet dan sebagainya. Kita tak pernah tanya kaum India di estate. Apa yang mereka makan. Ada yang tak mampu nak sekolahkan anak.
Sesungguhnya kita kurang memerhati dan mengkaji. Bagi saya, di Malaysia ini ada dua kaum sahaja dan kedua-dua kaum ini saling bertentang dan berkonflik. Mereka adalah kaum pemodal (taukeh) dan kaum pekerja. Pemodal memikirkan keuntungan (kebendaan) dan pekerja juga memikirkan keuntungan (kebendaan). Kedua-dua kaum berebut untuk mencari keuntungan. Oleh kerana perkara yang direbut itu banyak pada pemodal, kaum pekerja selalu kalah. Tetapi kaum pemodal tidak ramai berbanding dengan kaum pekerja. Tetapi kuasa kebendaan di tangan pemodal. Inilah pertentangan yang berlaku di Malaysia. Cuma kita sahaja melihat dari perspektif perkuaman bangs
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kosong
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
kosong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan