"Ya Allah ya Tuhanku, menangkanlah BN dalam pilihan raya ini. HambaMu ini bimbang ya Allah, kalau-kalau surau kami ini bertukar menjadi gereja jika Pakatan menang."
Doa ini dibacakan oleh seorang bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah di negeri Terengganu yang bergelar datuk, bukan calang-calang guru agama Umno.
Menggunakan sentimen masjid akan bertukar gereja jika Pakatan menang, PAS jadi tunggangan DAP dan nasib orang Melayu akan tergadai di bawah Pakatan
Semuanya kerana orang Melayu khasnya MAKCIK-MAKCIK FELDA ,makcik-makcik kampong yang tidak terdedah kepada maklumat yang sebenar …mengundi dengan sentimen sedangkan orang Cina mengundi dengan fakta.
Kini , Datuk Seri Najib Razak selesai membentuk kabinetnya
Salah seorang yang dipilih menyertai kabinet beliau adalah Datuk Mary Ya Kain Ching, Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia. Perlantikan Mary sebagai Timbalan Menteri Pelajaran menimbulkan persoalan kerana dalam masa yang sama Pakatan yang dituduh mahu menukarkan masjid ke gereja, Kristian akan menjadi agama rasmi dan sebagainya.
Sekarang boleh ke orang ramai menuduh Najib mahu mengkristiankan sekolah-sekolah di Malaysia ?. Tentu tidak lojik tetapi ia satu yang wajar diperkatakan.
Persoalanya ialah kita orang melayu islam sangat-sangat sensitif apabila ada satu golongan yang mengajak atau menyebarkan kristian .. walau pun kita tahu apa yang berlaku, tuduhan terhadap Pakatan Rakyat adalah fitnah tanpa fakta... tapi kerana ia diucapkan oleh pemimpin dan ulamak upahan rakyat akan percaya ...
Persoalanya ialah kita orang melayu islam sangat-sangat sensitif apabila ada satu golongan yang mengajak atau menyebarkan kristian .. walau pun kita tahu apa yang berlaku, tuduhan terhadap Pakatan Rakyat adalah fitnah tanpa fakta... tapi kerana ia diucapkan oleh pemimpin dan ulamak upahan rakyat akan percaya ...
Kalau seorang guru silat gayong diberi amanah memegang jawatan sebagai Timbalan menteri Pelajaran mesti akan berlaku perubahan tambahan kokurikulum persilatan atau yang berkaitan denganya... dan mesti ada penekatan pada taici atau kongfu...
Dunia islam sudah tahu pergerakkan kristian sangan halus dan licik sepatutnya kita faham..faham dalam istilah gerak kerja mereka dan pertahanan kita...
Mungkin kita tidak pertikaikan sekiranya dia memegang jawatan Tim.Kerjaraya atau Tim.Pertanian..
Kita berharap, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru faham sentimen ini. Janganlah menipu rakyat dan percayalah jika hendak ditipu pun, hanya sekali orang akan percaya. Tetapi selepas dua atau tiga kali kena tipu, percayalah rakyat akan humban kamu ke tong sampah zaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan