INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Selasa, Mei 21, 2013

INILAH KERJA SPR !!!

KUALA LUMPUR 21 MEI: Seorang pemimpin Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendedahkan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya membuka beg mengandungi kertas undi yang disimpan di pejabat jajahan di Ketereh, Kelantan dalam kejadian pada 7 Mei tanpa kebenaran dari Mahkamah Tinggi.

Ketua AMK Ketereh, Mohd Sukirman Mustafa memberitahu, beberapa orang anggota parti dan orang awam membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada 16 Mei.

Menurut Sukirman, pegawai SPR hadir bersama anggota polis dan mendakwa memperolehi arahan dari pegawai atasan untuk berbuat demikian, walau peraturan pilihan raya menetapkan bahawa beg kertas undi hanya boleh dibukan dengan perintah Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, pegawai yang membuka materi keselamatan di beg berkenaan tidak mengeluarkan apa-apa daripada beg yang disimpan di pejabat Majlis Daerah Ketereh.“Mereka hanya membuka beg dan menyelongkar sedikit, tapi tidak mengeluarkan apa-apa,” kata Sukirman.

Katanya, Cabang KEADILAN di situ dimaklumkan oleh seorang individu yang memberitahu bahawa beg tersebut dibuka oleh pegawai SPR pada kira-kira jam 11 pagi pada 7 Mei.

Sukirman berkata anggota KEADILAN merakam gambar pegawai SPR tersebut yang membuka beg berkenaan dan kini menunggu penjelasan mengenai perkara itu daripada SPR.Parti berkenaan kini menimbang untuk mengemukakan kes tersebut ke mahkamah. ~malaysiakini
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Arahan dari Pihak Atasan yea ?

Bukankah ALLAH SWT suroh umat manusia bertindak adil dalam menjalankan tugas.....

Mati nanti susah tau kalau hidup menipu menganiaya rakyat tau ?

Nizam Awang Brahim berkata...

Kalau perintoh mahkamoh pun kau langgor.Perintoh lain tak tau nok cakap la...

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong