INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Ahad, Mei 26, 2013

Kenyataan Balas Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang terhadap kenyataan Ketua A.M.K Pusat .


Merujuk kepada ucapan Ketua AMK Sdr. Shamsul Iskandar Md. Akin di Kongres Nasional seperti yang disiarkan oleh The Malaysian Insider pada 24 Mei 2013. Maka inilah respon balas saya;

1- Saya tegaskan, PAS adalah sebuah gerakan Islam yang paling lama dan berpengalaman dalam dakwah, tarbiah dan siasah di Malaysia. Maka PAS lebih faham tahaluf siasi berdasarkan kepentingan Islam berbanding saudara shamsul yang hanya memahaminya berdasarkan kepentingan politik menang semata-mata.

2- Oleh itu saya nasihatkan saudara shamsul yang baru belajar memahami tahaluf siasi, janganlah sewenang-wenangnya mengatakan presiden PAS benak dalam hal ini.

3- Sepanjang 50 tahun lebih, PAS bukan sahaja tidak pernah mengkhianati rakan tahaluf siasinya bahkan bersedia mengorbankan kursinya dan bekerja keras dengan menurunkan seluruh jenteranya semata - mata untuk memenangkan rakan tahaluf siasinya setiap kali menjelang pilihanraya umum dan kecil.

4 - Banyak sejarah hitam yang berlaku selepas PRU 12 sehingga PAS kehilangan negeri dan ahli disebabkan karenah-karenah ahli-ahli PKR yang membarahkan hati jentera-jentera PAS, namun PAS terus mengukuhkan ikatan tahaluf siasi ini dengan penuh keikhlasan dan samangat setia kawan.

5 - PAS bergerak di atas dasar kepentingan Islam tanpa mengkhianati prinsip dan perjuangannya. PAS bukan sahaja tidak akan mengkhianati rakan tahaluf siasinya bahkan bersikap menasihati rakannya jika tindakannya lari dari prinsip kepentingan Islam.

6- PAS berpegang dengan pesanan Nabi saw :

لا يلدغ المؤمن من جحر واحد مرتين

Artinya: Orang mukmin tidak akan disengat dari satu lubang dua kali.

Maka atas dasar inilah tindakan yang dilakukan oleh presiden PAS adalah diteliti dan dikaji.

7- Tindakan ketua AMK yang menyerang presiden PAS secara terbuka, tidak boleh diterima oleh seluruh pemuda PAS pahang dan mengutuk sekeras kerasnya tindakan itu dan mendesak saudara shamsul memohon maaf secara terbuka kepada presiden kami.

8 - Seandainya DAP boleh menghormati segala permuafakatan dalam PR maka selayaknya PKR juga mencontohi nilai budaya politik mereka agar tidak tersasar daripada landasan matlamat sebenar.

Salam persaudaraan dari saya,
Ustaz Shahril Azman Abd Halim AL Hafiz
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

meletakkan kedua2 calon pas dan pkr pada kerusi dun dan parlimen yg sama amat2 tidak dpt diterima oleh penyokong pr.
bukankah pucuk pimpinan pr telah tetapkan kerusi ??
persoalannya kenapa permuafakatan ini tidak dipatuhi ??
alasan yg diberi pula dgn memburukkan calon pkr oleh presiden pas amat2 mengecewakan penyokong pr seluruhnya.
harap perkara ini tidak berulang.
teguran samsul ada benarnya..tidak boleh disanggah mentah2, malah perlu diterima dgn hati terbuka oleh pimpinan dan ahli pas seluruhnya demi permuafakatan yg jitu bagi menghadapi regim korup umno.

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong