Saya terbaca satu fitnah dalam laman maya mengenai calon PAS Parlimen Tenggara, Mohd Said bin Jonit. Penulis itu mendakwa Mohd Said Jonit dibuang dari Felda kerana kes Rasuah. Aku pun terkejut juga kerana aku memang kenal dengan Mohd Said. Agaknya penulis blog pro BN dah tak ada modal lain selain dari mengaitkan bekas kakitangan kerajaan atau swasta yang bertanding atas tiket parti komponan PR dengan rasuah.
Saya tidak mahu ulas lebih lanjut isu ini, tetapi ingin menyatakan yang hak dan benar mengenai Mohd Said Jonit. Sebagaimana yang saya nyatakan dahulu Mohd Said adalah petugas Felda yang berjiwa peneroka dan penyertaan beliau dalam politik dan bertanding pilihanraya adalah untuk peneroka. Tentu pembaca masih ingat posting yang lalu yang Mohd Said mengatakan UMNO sudah tidak mampu memperjuangkan nasib peneroka dan pengurusan Felda pula terpaksa akur dengan kehendak parti memerentah. Penyertaan dalam parti politik dan bertanding piihanraya adalah jalan terbaik bagi Mohd Said dalam usaha menyelamatkan masa depan peneroka.
Sebenarnya, pada tahun 2006, Kumpulan Syarikat Felda telah diterajui oleh Dato Bakke sebagai Pengarah Urusan dan Dato Tahir Mohamad adalah orang kuat Dato Bakke. Pada masa itu wujud konflik antara Pengarah Eksekutif Felda (En Rusdi dan En Mohd Said) dengan Dato Taher. Mungkin kerana Mohd Said orang kuat UMNO, dia masih diberi jawatan dan tugas untuk mengetuai Projek Khas untuk mencari tanah dan melaksanakan kerja tanam semula. Sementara En Rusdi pula ditugaskan ke Indonesia
Semasa bertugas dalam Projek Khas, En Mohd Said merasa ada
sesuatu yang tidak kena dalam urusan mencari tanah dan tidak selesa
melaksanakan kerja tersebut. Akhirnya beliau ambil keputusan untuk bersara awal
dan Pengurusan Syarikat Felda amatlah bersetuju. Maka Mohd Said dapatlah
ganjaran bersara awal. Kereta Toyota Camry memang telah menjadi kepunyaan Mohd
Said kerana telah dibeli dari syarikat (iaitu apabila polisi pemberian kereta
resmi kepada pengarah eksekutif diubah). Maka setelah bersara, Mohd Said telah
berkerja di Indonesia
untuk beberapa ketika Tetapi akhirnya beliau berhenti. Bila ditanya mengapa
berhenti, beliau berkata, jiwa dan fikirannya masih bersama Felda dan peneroka
Felda. Maka pada tahun 2010 kalau tidak silap saya, Mohd Said dilantik menjadi
penasihat tanam semula kebun Felda (pada masa itu sebahagian dari kebun
peneroka ditanam sendiri oleh Felda, bukannya Felda Tecno Plant)
Felda bertukar pengerusi dan Bertukar Pengarah Urusan syarikat kumpulan. Mohd Said membaca gerakan transformasi Felda bertujuan baik, tetapi cara pelaksanannyan tidak menepati tujuan. Mungkin Mohd Said meramalkan transformasi Felda adalah untuk golongan kaya, bukan untuk peneroka. Pada tahun 2011 Mohd Said mula mengenali PAS dan menyatakan hasrat untuk menyertai PAS. Saya terkejut dengan keputusan itu kerana saya tahun Mohd Said ini orang kuat UMNO sebab dia selalu mengatakan “aku ini UMNO dulu, Kini dan Selamanya” , tetapi katanya “UMNO sekarang tidak seperti UMNO dulu” “Masa depan peneroka Felda tidak dapat diselamatkan secara pengurusan, tetapi melalui politik”.
Saya kagumi tindakan En Mohd Said kerana menyertai pilihanraya kali ini. Beliau sanggup menghabiskan masa dan wang (yang bukan sedikit) untuk bertanding dalam PRU. Kerana beliau yakin peneroka Felda yang leka dengan kesenangan masa kini, perlu disedarkan untuk berubah demi menentukan kesenangan di masa depan (Beliau pernah berkata kepada saya yang peneroka tidak tahu bagaimana masa depan mereka dengan pelaksanaan transformasi Felda. Peneroka merasakan apa yang ada pada mereka hari ini kekal untuk selama-lamanya.

ENTAHLAH. MASING-MASING PUNYA KEYAKINAN SENDIRI. SAYA DAN
MOHD SAID MUNGKIN MEMPUNYAI CARA YANG BERBEZA UNTUK MEMBANGUNKAN PENEROKA FELDA
MENGHADAPI ZAMAN NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI SEBAGAIMANA DIRANCANG OLEH
KERAJAAN MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN BN. KALAU MOHD MENANG SAYA PANGGIL DIA YB
DAN SAYA MASIH BERKAWAN DENGAN DIA. KALAU DIA KALAH, SAYA MASIH BERKAWAN DENGAN
DIA DAN PANGGIL DIA YB JUGA, TETAPI BUKAN YANG BERHORMAT, TETAPI YANG BERSARA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan