10 ARTIKAL TERKINI
CARIAN BLOG INI
Rabu, Mei 01, 2013
PETI UNDI DITEGAH DARI DI KUNCI,...???
Ong Kian Ming
suka halaman ini · 9 jam yang lalu
TERKINI: PENERANGAN PENUH DR. ONG TENTANG KES PACA DITAHAN SEMENTARA UNTUK PENYOALAN POLIS DI IPD KAJANG (Rabu 5/1/2013)
Sebenarnya KTM (Ketua Tempat Mengundi yang dilantik oleh SPR) bertanggungjawab untuk memutuskan sama ada peti undi seharusnya dikuncikan atau tidak. Untuk pengetahuan semua, peti undi biasanya DITAMPAL TUTUP tetapi tidak semestinya DIKUNCIKAN. Dalam kes ini, didapati bahawa KTM yang dilantik sungguh tidak berpengalaman dan tidak berapa tahu apa yang sepatutnya dibuat. Maka beliau telah mengizinkan permintaan PACA DAP dan PAS kami untuk menguncikan peti undi (yang mengandungi undi awal) dengan menggunakan kunci dan mangga sendiri.
Seharusnya hal ini diselesaikan begitu sahaja, tetapi selepas itu KTM itu pula telah memanggil polis datang. Polis telah meminta PACA kami untuk menanggalkan mangga tersebut dan PACA kami telahpun berbuat demikian. Namun, polis pula mengambil langkah yang sungguh tidak perlu apabila mereka menyuruh PACA kami untuk datang ke balai polis demi siasatan dan soalan lanjut, walaupun PACA kami tidak melanggar sebarang undang-undang pun.
Akhirnya 4 orang PACA kami telah disoalsiasat selama 5 JAM dan merasa seakan-akan diintimidasi. Perbuatan pihak polis dalam hal ini seharusnya TIDAK digalakkan, lebih lagi kerana PACA kami hanya cuba memastikan keselamatan dan integriti undi tersebut. Sekian. ~ Dr. Ong Kian Ming
[ADMIN] Terima kasih atas sokongan anda semua. PACA kami dan Dr. Ong telah dibenarkan meninggalkan balai polis akhirnya juga dan mereka telah pulang ke rumah dengan selamat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kosong
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
kosong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan