INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Rabu, Jun 05, 2013

PENDAKI EVEREST MALAYSIA MENINGGAL DUNIA


NEW DELHI: Keadaan cuaca buruk telah mengendalakan misi menyelamat dua pendaki Malaysia, seorang daripadanya dalam keadaan kritikal dan seorang lagi disahkan meninggal dunia.

"Proses membawa keluar mereka sedang diusahakan tetapi keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk memindahkan jenazah pendaki muda itu manakala seorang lagi dalam keadaan kritikal," kata seorang pegawai Malaysia di Kathmandu, Nepal.

Pendaki yang meninggal dunia ialah Mohamad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, kakitangan Perbadanan Putrajaya.

Kedua-dua pendaki mengalami penyakit akut ketinggian (Acute Mountain Sickness) semasa dalam perjalanan ke kem pangkalan Gunung Everest dan seorang meninggal dunia pada 5 petang (waktu Nepal) pada Isnin, katanya kepada ketika dihubungi pada Selasa.

"Pintu keluar terdekat ialah Lapangan Terbang Lukla. Kami perlu tunggu sehingga keadaan cuaca bertambah baik sebelum kami boleh membawa balik jenazah dan rakyat Malaysia yang sakit teruk ke Kathmandu."

Lapangan Terbang Tenzing-Hillary, juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Lukla, adalah sebuah lapangan terbang kecil di bandar Lukla, di Khumbu, daerah Solukhumbu, zon Sagarmatha, timur Nepal.

"Proses menghantar mereka pulang ke Malaysia hanya boleh dilakukan sebaik mereka berada di Kathmandu," kata pegawai itu.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pendaki-everest-malaysia-meninggal-dunia-15620?cp
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenapa malaysia nak bazirkan wang dengan projek yg macam ni ??

dunia dah tak hairan lagi dengan benda macam ni.

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong