PERDANA Menteri, Najib Razak bersama Menteri Besar Perak,
Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir bersalaman dengan para jemaah warga Felda
ketika menghadiri program Ihya' Rahmat Ramadhan Warga Felda, di Felda Gunung
Besout 2, Trolak hari ini. - UTUSAN
TANJUNG MALIM 17 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini
mengumumkan pembayaran wang raya Aidilfitri berjumlah RM32.3 juta kepada
kesemua 112,396 peneroka Felda di seluruh negara.
Perdana Menteri mengumumkan berita gembira itu dalam Program
Ihya Rahmat Ramadan Warga Felda Kebangsaan 2013 di Felda Gunung Besout 2,
Sungkai, dekat sini.
Beliau berkata, setiap peneroka yang bersama dengan Felda
akan menerima RM300 setiap seorang manakala mereka yang tidak bersama Felda
masing-masing akan menerima RM150.
"Duit raya ini kurang sedikit sebab harga sawit sudah
turun. Saudara-saudari sekalian sudah dapat bonus, jadi RM300 itu kira
munasabah dan mereka yang tidak bersama Felda kita beri juga tetapi separuh
iaitu RM150," katanya.
Pembayaran duit raya kepada peneroka dilaksanakan oleh
Felda setiap tahun sejak 2003. Sumber. UOnline
Tiada ulasan:
Catat Ulasan