Kejayaan menyerahkan Nota Bantahan kepada
Presiden Taiwan di Kediaman
Rasmi Presiden di Bandaraya Taipei
pada 18 Julai lalu adalah sesuatu yang sangat bermakna. Ia langkah awal
membantah kehadiran syarikat asing yang mahu menjadikan Malaysia
seperti sampah; yang akhirnya memberi mudarat kepada kehidupan rakyat.
Kononnya atas nama pembangunan, Syarikat Ko
Kuong yang banyak terlibat dengan aktiviti petrochemical telah menunjukkan
minat dan keghairahan melabur di Pengerang. Syarikat ini ditolak penduduk Taiwan.
Bantahan besar-besaran penduduk terhadap pengambilan tanah mereka, kesan
pencemaran alam sekitar, mata pencarian dan tahap kesihatan selama bertahun
tahun telah beroleh kejayaan.
Dari 15-18 Julai, saya bersama YB Tan Hong Pin,
Adun Mengkibol, YB Ee Chin Li, Adun Tangkak, YB Chua Wee Beng, Adun Bentayan,
mengiringi Cik Anis Afida Azli, Pengerusi Gabungan Ngo Pengerang dan beberapa
rakan yang lain dalam misi antarabangsa.
Delegasi kami
diraikan oleh rakan rakan Ngo di
sana
dan padat dengan program sepanjang hari. Meskipun saya dan Anis berpuasa, ia
tidak menghalang kami turun ke lapangan di beberapa perkampungan dan daerah
yang terjejas teruk akibat perampasan tanah, pencemaran dll.
Sumber
SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan