Hari terakhir kempen pilihan raya kecil (PRK)
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut hari ini dicemari insiden pengedaran
maklumat palsu terhadap Barisan Nasional (BN) dan PAS.
Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad mendakwa nombor telefon miliknya
diklon untuk mengedar maklumat palsu berhubung pemberian zakat oleh calon PAS,
Endut@Azhar Yusof.
Wan Azhar, pembantu kepada kempen Azhar yang lebih dikenali sebagai Che Lon, mengetahui
hal itu lewat malam tadi apabila sekitar 15 warga emas berkumpul di rumahnya
untuk menuntut zakat.
"Malam tadi sekitar jam 9, di perkarangan rumah saya dapati ada 15 warga
emas datang untuk mendapatkan bantuan zakat yang diedar melalui SMS. Saya agak
terkejut kerana tiada maklumat," katanya.
"Nombor telefon yang digunakan pihak tidak bertanggungjawab itu adalah
nombor saya yang diklon," katanya..
Antara kandungan SMS ialah: "Adik kakok pengundi upu kg baru yg nak undi
atau doa utk che long diminta mari rumah che long malam ni che long nak beri
zakat sempena ramadhan," dan ditulis nama pengedarnya sebagai Wan Azhar.
Wan Azhar berkata, laporan polis dibuat pihaknya jam 3.53 pagi di Balai Polis
Kuala Besut.
Pihaknya juga menyenaraikan 50 nombor telefon yang menghubunginya berhubung
perkara itu.
"Saya percaya ia cubaan untuk menimbulkan kemarahan kepada kami,"
katanya tanpa menamakan pihak yang disyakinya.
Sementara itu, BN menafikan pengedaran maklumat palsu bahawa parti pemerintah
berkenaan akan mengedar duit raya.
Ia berlaku berikutan keratan risalah diedar, mendakwa BN akan memberi duit raya
sempena sambutan Aidilfitri di Kuala Besut.
Malah, jumlah peruntukan itu juga dipecahkan kepada beberapa kategori dengan
paling tinggi bernilai RM800 kepada setiap warga emas.
Risalah itu turut tertera tandatangan Setiausaha Jentera BN Kuala Besut, Salleh
Abdul Latif.
Pada sidang media, Pengarah PRK Kuala Besut BN Datuk Seri Idris Jusoh mendakwa
pembangkang menjadi dalang di sebalik kejadian itu.
"Saya tahu bagaimana mereka bekerja. Mereka seharusnya tidak menggunakan
taktik kotor ketika Ramadhan ini," katanya.
Laporan polis dibuat sekitar jam 7 pagi tadi oleh Salleh yang menafikan perkara
itu melibatkan dirinya.
Esok adalah hari besar untuk DUN Kuala Besut apabila Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) telah menetapkan 24 Julai untuk PRK kerusi DUN berkenaan.
Keputusan PRK berkenaan akan menjadi penentu sama ada BN kekal mengusai DUN
atau menjadikan kedudukan seri, 16:16 antara kedua-dua parti berkenaan.
Sejumlah 17, 683 pengundi berdaftar dianggarkan akan mengundi esok, dengan 55
peratus adalah pengundi muda. -TMI
10 ARTIKAL TERKINI
CARIAN BLOG INI
Rabu, Julai 24, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kosong
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
kosong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan