INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Ahad, Julai 28, 2013

LAGI CERITA LORI BIJIH DI JALAN KUALA TEMBELING



Beratus-ratus kenderaan terkandas di bukit curam dekat pekan Kuala Tembeling lewat petang tadi (malah mungkin masih berterusan sekarang). Masalah tersebut berpunca daripada sebuah lori treler yang melintang di tengah jalan kerana gagal mendaki bukit tersebut. Kami yang terkandas hampir sejam akhirnya terpaksa meredah jalan kebun sawit yang menjejaskan mekanisme kenderaan kerana keadaannya berbatu kerikil tajam, berliku dan semak samun.

Kejadian ini adalah bukti salah satu kesan kegagalan penguatkuasaan undang-undang oleh agensi berkaitan di jalan Kerambit - Kuala Tembeling. Meskipun jalan ini hanya untuk kenderaan tak melebihi 15 tan namun setiap hari siang dan malam ia dilanyak semahu-mahunya oleh pelbagai kenderaan berat berpuluh-puluh tan terutamanya lori bijih besi dan lori balak.

Kejadian lori gagal mendaki bukit tersebut dan melintang menghalang laluan bukanlah kali pertama aku lihat dengan mata sendiri...malah sudah kerap kali. Anehnya selama bertahun-bertahun aku melalui jalan tersebut. ..tidak pernah sekali pun aku terserempak dengan operasi penguatkuasaan oleh JPJ atau Polis....

PAS Kawasan Lipis menimbang untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan kegagalan pihak berkaitan menguatkuasakan undang-undang di laluan tersebut.

Kerosakan jalan Kerambit - Kuala Tembeling - Jerantut ekoran dilanyak oleh kenderaan melebihi berat dibenarkan mendatangkan masalah dan bahaya kepada pengguna jalan raya dan penduduk kampung. Malah ambulans yang berulang-alik turut terjejas dan menimbulkan trauma kepada pesakit. Lebih parah apabila lokasi-lokasi jalan yang rosak dan berlubang besar tidak diletakkan papan tanda amaran yang mencukupi malah ada lokasi yang tiada pun sekeping papan tanda tersebut! !! Apa yang dibuat oleh pemimpin kerajaan dan para pegawainya.....!!!?????

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ha ha ,
bagi tau JPJ pasang kamera aes
dah tentu masuk , tapi disini kamera tu bukan untuk speeding tapi untuk yang bergerak perlahan

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong