INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Jumaat, Ogos 02, 2013

Dua dituduh melesapkan RM30 juta unit Felda

Datuk Sarchu Syawal di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi tadi. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 Ogos, 2013.
 Dua pegawai tinggi yang mengendalikan syarikat usahasama Felda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini atas dakwaan melesapkan hampir RM30 juta.
Ketua Pegawai Eksekutif KPFQ  Foods Sdn Bhd, Datuk Sarchu Sawal dikatakan menyalahgunakan RM16.9 juta sementara Pengarah KPFQ, Datuk Tan Han Kook melesapkan RM13.1 juta.
Datuk Tan Han Kok di luar Mahkamah Sesyen pagi tadi. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 Ogos, 2013.Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu di Anjung Felda, Jalan Maktab di Kuala Lumpur antara Ogos 2011 hingga Februari tahun lalu.
Jika sabit kesalahan, kedua-duanya boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun atau denda.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat tuduhan salah guna kuasa dalam kegagalan projek bernilai RM30 juta yang dilaksanakan KPFQ, anak syarikat Felda.
Datuk Tan Han Kok di luar Mahkamah Sesyen pagi tadi. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 Ogos, 2013
Suruhanjaya itu memulakan siasatan berikutan projek itu gagal dimulakan di sebalik `10 juta ringgit’ dimasukkan oleh bank dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Menurut penyiasat yang hadir di mahkamah semalam, Sarchu dan Tan menandatangani 47 banker’s acceptance, kemudahan terpantas menyalurkan wang, ke dalam syarikat.
Kedua-dua tertuduh dikatakan menyewa syarikat untuk membekalkan makanan di bawah Projek Bekalan Makanan Nasional.
Sarchu, 63, yang berkemaja putih lengan panjang ditawarkan jaminan sebanyak RM2 juta dengan dua penjamin sementara Tan, 59, ditawarkan ikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin.
Kedua-duanya diperintahkan menyerahkan pasport perjalanan masing-masing kepada mahkamah.
Hakim Roshiahanin Arifin menetapkan kedua-dua kes disebut semula pada 13 September depan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Azlin Sabtu memohon kedua-dua tertuduh diikat jamin dengan nilai RM2 juta setiap seorang kerana mereka didakwa atas tuduhan yang serius mengikut Kanun Keseksaan.
Peguam Harwinder Singh yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan dikurangkan untuk menjamin kehadiran mereka.
Tan turut berdepan 134 tuduhan menipu KPFQ Foods bernilai RM80 juta dan perbicaraan kes itu sudah bermula tahun lalu.
Selepas prosiding kes, Tan yang masih dalam kandang tertuduh kelihatan menangis dan ditenangkan seseorang yang tidak dikenalpasti. – 2 Ogos, 2013.



Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kedua-dua species ni patutnya disula di khalayak ramai! Dah nak mampus pun masih nak buat jahat lagi...dasar keparat!!

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong