INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Ahad, Ogos 18, 2013

Felda ambil langkah bendung penyebaran Syiah dan D'Saji dibenar beroperasi semula di Mekah

JEMPOL - Felda akan mengambil pendekatan drastik bagi membendung penularan gerakan serta penyebaran fahaman Syiah di kawasan Felda di seluruh negara.

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abd Samad berkata untuk itu, Felda akan mengadakan satu taklimat khas mengenai Syiah kepada semua pimpinan termasuk pengurusan (Felda), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), wanita, belia, badan bukan kerajaan (NGO) serta anggota jawatankuasa masjid dan surau di Kuala Lumpur pada 29 Ogos ini.

"Pada taklimat itu nanti, kita akan memberikan penerangan yang jelas mengenai Syiah, kenapa kerajaan mengharamkannya dan kenapa fahaman ini boleh merugikan umat Islam daripada segi perpaduan Islam itu sendiri," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di Dewan Felda Jaya, Bandar Seri Jempol di sini, malam tadi.

Mohd Isa yang juga anggota Parlimen Jempol berharap menerusi taklimat khas ini, pimpinan Felda akan mendapat pengetahuan mengenai fahaman Syiah dan dapat menjalankan tanggungjawab mengawasi serta membendung fahaman itu daripada menular di kawasan Felda.

"Pemantuan kita jalankan tetapi seperti kita sedia maklum bahawa bukan mudah untuk kita mengenal pasti pengikut Syiah ini kerana mereka ini boleh berpura-pura dan sebagainya.

"Bagaimanapun setakat ini, kita belum mendapat laporan mengenainya (penularan fahaman syiah di Felda)," katanya.

Katanya penyebaran fahaman Syiah mesti dibendung kerana jika gerakan ini dibiarkan berterusan, ia bukan sahaja boleh mengancam keselamatan negara, malah mengakibatkan perpecahan ummah menjadi semakin parah. - Bernama
JEMPOL - Anak syarikat Felda iaitu D'Saji, yang menyediakan perniagaan katering telah mendapat kebenaran untuk beroperasi semula di Mekah.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abd Samad berkata D'Saji dibenarkan beroperasi semula setelah memenuhi syarat kerajaan Arab Saudi iaitu mesti mendapatkan rakan kongsi tempatan di negara itu.

"Perkhidmatan D'saji sebelum ini terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana tidak memenuhi syarat tersebut. Tetapi, kita kini telah memenuhi syarat itu dan dibenarkan beroperasi semula. Hari ini D'Saji operasi seperti biasa," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di Dewan Felda Jaya, Bandar Seri Jempol di sini, malam tadi.

Ditanya mengenai persediaan D'Saji menghadapi musim haji tahun ini, Mohd Isa yang juga anggota Parlimen Jempol berkata D'Saji akan menambah bilangan tukang masak dan pekerja.

"Kita berharap untuk mendapat permit bagi menghantar empat atau lima orang lagi tukang masak kerana kita menghidangkan makanan Malaysia. Kerana itu, kita memerlukan pekerja Malaysia," katanya.

Untuk menampung permintan yang agak tinggi pada musim haji kali ini, pihak D'Saji juga akan menambah bilangan pekerja terutama di bahagian dapur dan hidangan bagi melancarkan proses penyediaan makanan untuk jemaah haji, katanya.

Katanya makanan Malaysia yang dihidangkan oleh Felda D' Saji Mekah mendapat sambutan menggalakkan daripada umat Islam seluruh dunia, lebih-lebih lagi ketika musim haji, umrah dan bulan Ramadan setiap tahun.

Restoran D'Saji menjual roti canai, nasi campur, nasi lemak, nasi goreng, nasi ayam, nasi beriani, mee goreng dan bihun sup.

"Masakan D'Saji memang sedap dan harga yang ditawarkan adalah berpatutan mengikut harga barangan di pasaran tempatan," katanya. - Bernama


Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong