Polis menjanjikan tindakan tegas terhadap ahli-ahli kumpulan, ekoran kejadian dinding di ibu pejabat polis di sini yang dirosakkan dengan grafiti simbol Geng 04.
Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A.Thaiveegan berkata polis tidak akan takut dengan tindakan itu, yang dilabelkan sebagai "kurang ajar".
"Saya tidak fikir (grafitti) itu bertujuan mengancam. Ia hanya dilakukan oleh 'sampah masyarakat' yang tidak menghormati undang-undang.
"Jika itu adalah satu cabaran, itu bukan cara untuk melakukannya.
"Datang bertemu dengan Ketua Polis Daerah, dan kata 'Saya dari (kumpulan) 04. Jika mereka berani, marilah," kata Thaiveegan dalam sidang akhbar, Rabu.
Kejadian berlaku selepas lima yang dipercayai anggota Geng 04 ditembak mati di Pulau Pinang pada Isnin.
Insiden itu telah membawa kepada bantahan daripada ibu bapa dan rakan-rakan ahli-ahli kumpulan dan juga beberapa ahli politik yang mendakwa polis bertindak "berlebih-lebihan" dalam melakukan tembakan.
Thaiveegan menasihatkan ibu bapa supaya lebih rapat dengan anak-anak mereka dan membuat laporan jika mereka mengesyaki anak-anak mereka terlibat dalam kegiatan tidak baik.
"Jika saya mempunyai seorang rakan yang saya tahu melakukan perkara tidak betul, saya akan cuba untuk membantunya atau membuat laporan. Sesetengah ibu bapa tidak tahu apa yang anak-anak mereka lakukan.
"Mereka tidak tampil ke hadapan dan memberi kerjasama. Tetapi apabila konfrontasi dengan pihak polis berlaku, semua orang menjerit dan menimbulkan masalah.
"Bulan lalu ramai mengadu tentang kejadian tembak dan bertanya apa yang polis lakukan. Jadi, apabila kita mengambil tindakan terhadap mereka yang disyaki, rakyat perlu memberikan polis sokongan.
"Kami melakukan ini untuk melindungi masyarakat," katanya ~ mStar
Sementara itu sebuah laman Blog Pro UMNO mendedahkan beberapa keping gambar yang menunjukkan Geng 04 mengibarkan bendera pertubuhan mereka secara terbuka ketika mengiringi mayat 5 penjenayah itu ketanah perkuburan.
Semalam tiga daripada mayat penjenayah berkenaan dibawa berarak dalam upacara besar-besaran dengan paluan gendang dan letupan mercun melalui Jalan Yeap Chor Ee, Jalan Bukit Gambir dan Jalan Tun Dr Awang sebelum dibakar di Krematorium Batu Gantung di sini manakala dua lagi upacara dilakukan di Jalan Siram, Butterworth.
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/08/geng-04-cabar-polis-lukis-grafiti.html
10 ARTIKAL TERKINI
CARIAN BLOG INI
Rabu, Ogos 21, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kosong
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
kosong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan