10 ARTIKAL TERKINI
CARIAN BLOG INI
Jumaat, September 06, 2013
FGVH jatuh pada harga terendah RM4.19.dibawah IPO
KUALA TERENGGANU – Kebimbangan Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) terhadap penyenaraian Felda di Bursa Saham menunjukkan realiti sebenarnya apabila saham FGVH jatuh pada harga terendah RM4.19.
Ketua Penerangan ANAK Naraza Muda berkata, ‘trend’ penurunan harga FGVH meleburkan harapan pelabur dan warga Felda untuk melihat lonjakan harga dan memperolehi laba.
“Semalam FGVH RM4.19…….terendah dan dibawah IPO pada tahun ini. Dengan ‘trend’ penurunan dan berdasarkan harga hari ini RM4.19 diniagakan di bawah IPO, apakah sandaran dan harapan pelabur untuk melihat lonjankan harga dalam tempoh suku tahun berbaki,
“jika dihitung dari tarikh penyenaraian Felda Global Ventures Holding Bhd ( FGVH) di pasaran utama Bursa Saham Malaysia sudah mencecah 15 bulan,”ujarnya ketika dihubungi.
Beliau mempersoalkan kenyataan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang berkata pada Ogos lalu, kejatuhan harga saham terutamanya kejatuhan harga sawit di pasaran sejak kebelakangan ini.
Katanya, harga saham FGVH sentiasa turun kecuali apabila ia diselamatkan dengan pembelian pukal oleh organisasi dan syarikat-syarikat yang cuba menyelamatkan ‘satu kegagalan’ yang semakin nyata.
“apa alasan teknikal dia (Isa Samad) lagi…..? Dengan tawaran awal bernilai RM2.19 bilion dan berjaya mengumpul RM 20.4 bilion sepatutnya dalam tempoh ini pelabur besar dan kecil menanti unjuran harga yang boleh mengembirakan mereka?
“apakah protes besar-besaran ANAK (terhadap penyenaraian FGVH) dahulu tiada asas? Apakah kebimbangan kami dahulu satu kianat kepada Felda?,”tegasnya.
Secara sinis Naraza bertanya, adakah kejatuhan harga terbaru ini adalah gangguan negatif dari ANAK? Sebaliknya kata beliau yang semakin jelas adalah, peneroka di felda-felda sedang menggigit jari dan menghadapi risiko kehilangan aset dan premis mereka!
Beliau mencabar Isa Samad mengemukakan pelan penyelamatan segera dn bukan memberikan seribu satu macam alasan teknikal.
“Apa pun kami masih setia menanti pelan penyelamat yang akan diumumkan oleh FGVH bagi memulih kedudukan harga yang kini meresahkan pelabur dan peneroka serta rakyat Malaysia,
“tetapi bukan memberikan alasan teknikal yang sudah lapuk dan menuding ke sana ke mari……,”jelasnya
http://www.buletinonline.net/v7/index.php/siapa-akan-menyelamatkan-fgvh-kali-ini/
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kosong
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
kosong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan