INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Isnin, September 23, 2013

Sidang Media "Roadshow Selamatkan Felda 2.0"


Jam 2 petang tadi ANAK telah mengadakan Sidang Media di Pejabat Agong PAS. Turut hadir, Penasihat Ekonomi ANAK, Dr Rosli Yaakob, Penasihat Undang-Undang ANAK, Tuan Hj Haris Abdullah, Bekas Pegawai Kanan Felda, Mohd Said Jonit dan Ketua Penerangan ANAK, Naraza Muda.

Antara pendedahan yang dibuat :-

1. Siri taklimat tawaran Pajakan Tanah Peneroka telah mula dilakukan sejak Syawal yang lalu. Antaranya oleh Pengarah Jabatan Sumber Manusia Felda, Norzuki Ahmad bertarikh 2.9.2013, di Dewan JKKR Felda Kemahang 1, Tanah Merah Kelantan. Oleh kerana keluasan tanah peneroka di situ 14 ekar, maka bayaran pajakan setiap bulan ialah RM5K selama 30 tahun, lamsam RM500K iaitu tunai RM100K, dicarumkan kpd Koperasi Permodalan Felda RM150K dan selebihnya RM250K untuk pengurusan Ladang peneroka.

2. Tawaran juga telah dikenalpasti disebarkan secara meluas di Tanah2 Rancangan Felda seluruh negara. Bahkan ketika saya berdialog di Felda Umas, Sabah, minggu lalu, peneroka beroleh tawaran hampir serupa.

3. Peguam Hj Haris memaklumkan bahwa perjanjian pajakan memang wujud disisi Undang2; namun ia sgt berbahaya dan terdedah kepada gadaian jika Felda dan pihak ketiga gagal menebus pajakan untuk tempoh yg diputuskan. Dengan lain perkataan, jika Felda memajakkan tanah Peneroka kepada pihak ketiga seperti Bank atau pelabur untuk mendapatkan sejumlah wang dlm tempoh tertentu dan gagal menebusnya semula; maka tanah peneroka akan tergadai.

4. Dr Rosli mendedahkan maklumat bagaimana FGVH telah 'joli katak' terbitan Saham FGVH berjumlah RM10 Bilion yg diperolehi ketika listing di Bursa Malaysia. Pampasan kpd Felda sejumlah RM4.56 bilion, manakala selebihnya digunakan untuk membeli hartanah yg bukan teras perniagaan FGVH. Bahkan, penjualan aset felda, Tradewinds hampir setengah bilion pun telah dibelanjakan secara boros dan tergesa2.

5. Pada tahun 2009, ekuiti Felda Holding dimiliki 51% oleh KPF dan 49% oleh Felda. Tahun 2010, felda telah diminta melepaskan ekuiti 49% oleh Felda kpd FGVH. Tujuannya untuk mengukuhkan business FGVH dan menampung kerugian pelaburan FGVH di US dan Kanada. Kesan pemindahan ekuiti ini menyebabkan Felda kehilangan sumber pendapatan antara RM200-250 juta setahun.

Selepas FGVH dilisting, kedudukan ekuiti Felda Holdings ialah 51% hdipegang KPF dan 49% oleh FGVH. FGVH telah menyusun dan merombak anak2 sykt di bawah Felda Holdings. Namun, selagi mana 51% masih dikuasai oleh KPF, sukar bagi FGVH meluaskan empayarnya. Langkah terdesak mereka ialah mencari jalan memindahkan pegangan 51% kpd FGVH. EGM KPF diberitakan akan diadakan pada 20 oktober ini untuk tujuan tersebut. Kepentingan strategik sekali lagi di jual kepada pihak luar.

Dengan tahap pemikiran yg rendah dan kesetiaan peneroka selaku pak turut, aset peneroka akan dicairkan atas nama pelaburan jangka panjang dan bersifat global. Hinggalah aset peneroka lenyap terus atas mukabumi ini....

Antara tindakan ANAK:-

1. Laporan Polis akan dibuat pada 3 Okt ini di IPD Dang Wangi KL. Butiran lengkap kandungannya akan disediakan oleh para peguam ANAK yg diketuai Tuan Hj Haris Abdullah.

2. Roadshow Selamatkan Felda 2.0 akan dilancarkan pada 12 okt ini di Bandar Jengka Pahang. Penjelasan lengkap menggunakan slaid oleh Dr Rosli Yaakob, Lawyer Haris dll akan diadakan selepas Solat Hajat dan majlis munajat. InshaAllah, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bakal melancarkan roadshow tsb. Ia akan disusuli di Felda2 seluruh Malaysia.

3. ANAK akan menyerahkan memorandum kpd YAB Menteri Besar seluruh negara agar mendesak MB campurtangan terhadap kecenderungan Felda memajak kebun2 peneroka ini. Jika usaha Felda ini gagal disekat, maka lebih 500 ribu hektar tanah peneroka boleh tergadai.
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong