INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Rabu, Oktober 02, 2013

LAPORAN AUDIT 2012 SATU HURAIAN




Laporan Audit 2012: 1
Polis hilang senjata api, gari.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan bahawa pasukan Polis Diraja Malaysia merekodkan sejumlah 309 barangan dalam bentuk senjata api, gari dan kenderaan yang didapati hilang.

Barangan yang hilang itu direkodkan dalam tempoh 2010 hingga 2012, melibatkan kerugian berjumlah RM1.33 juta.

Ia melaporkan bahawa kehilangan gari mencatat kes paling tinggi, sebanyak 156, diikuti senjata api (44) dan kenderaan polis (29).

Jenis senjata api yang dilaporkan hilang itu bagaimanapun tidak dinyatakan.

Turut dilaporkan hilang ialah 26 walkie-talkie, enam kamera, empat komputer dan 22 radio.

Laporan berkenaan juga mendapati tahap pengurusan yang tidak memuaskan di ibu pejabat polis Bukit Aman dan tiga ibu pejabat polis kontinjen negeri.

Menurut laporan itu lagi, Jabatan Kastam Diraja Malaysia turut membazirkan RM600,000 dalam perolehan sebanyak 7,659 pasang kasut yang tidak mengikut spesifikasi.

Kasut berkenaan dilaporkan rosak selepas simpanan yang lama, laporan itu dipetik.


Laporan Audit 2012 - Siri 2

RM38,000 rugi akibat kempen 'bodoh'

Keputusan Kementerian Kesihatan menggelar perokok sebagai golongan “bodoh” dalam bahan promosi kempen menyebabkan RM38,750 terbuang apabila bahan tersebut didapati tidak sesuai.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendapati kementerian tersebut membuat pesanan bagi 300 beg galas dengan kos RM19,500 dan 3,500 buku nota pada harga RM19,250 dengan slogan 'Smoking, a stupid habit for stupid people (Merokok, satu tabiat bodoh untuk orang bodoh)'.

NONEBahan tersebut bagaimanapun tidak diedarkan kerana bahasa yang digunakan itu dianggap tidak sesuai, menurut laporan berkenaan.

Tapi bukan itu sahaja, laporan itu menyebut sebanyak 63,000 kempen kementerian terbabit, berjumlah lebih RM31,200 juga mengandungi kesalahan ejaan.

Ketua Audit Negara menasihatkan kementerian tersebut untuk menggunakan bahasa lebih mudah dalam kempennya, dengan mengambil contoh satu kempen papan iklan bagi memerangi AIDS yang menggunakan terjemahan langsung dari bahasa inggeris

Menurut laporan itu lagi, penggunaan bahasa seperti itu menjejaskan keberkesanan kempen kesihatan tersebut.

Laporan Audit 2012 - Siri 3

Belanja RM320 ribu untuk FB, Twitter dipersoal

Ketua audit negara mempersoalkan bayaran sebanyak RM320,000 oleh kementerian kesihatan kepada dua syarikat untuk dua kempen dalam talian menerusi Facebook dan Twitter.

NONEPerbelanjaan itu yang dibuat sewaktu kementerian itu diterajui Datuk Seri Liow Tiong Lai sebahagiannya adalah bayaran sebanyak RM199,068 kepada Eficaz Media Sdn Bhd untuk laman Facebook kempen 'Tak Nak Merokok'.

Laman Facebook kedua dan akaun Twitter yang dibangunkan Astonish View Sdn Bhd untuk 'Kempen intervensi penyakit tidak berjangkit' pula menelan belanja RM120,500.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 itu mengulas skop dua tugas yang hampir sama itu tetapi menyaksikan Astonish View dibayar RM120,500 untuk membangunkan akaun Facebook dan Twitter itu.

Sementara, Eficaz Media pula dibayar jumlah yang lebih tinggi hanya untuk membangunkan satu laman Facebook.

Laporan itu maklum bahawa Eficaz Media dilantik untuk gtempoh Julai sehingga Disember 2011 dan bayaran penuh dibuat berdasarkan jumlah 'Likes' yang diperolehi laman itu, yang ditetapkan sebanyak 100,000.



Laporan Audit 2012 - Siri 4

Keselamatan RM2 bilion di sekolah sia-sia

Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan salah pengendalian teruk sehingga RM2.051 bilion dalam mengupah kontraktor keselamatan untuk sekolah antara 2010 hingga 2012.

Daripada penyediaan kontrak sehingga mengambil pengawal keselamatan, ketua audit negara berkata, pengurusan perkhidmatan keselamatan di 35 sekolah dan asrama yang ditinjau rata-rata tidak memuaskan.

Audit, yang melibatkan sekolah-sekolah di Selangor, Perlis dan Sabah, mendapati bahawa kontraknya tidak seragam.

Tidak dinyatakan juga keperluan khusus yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Ini termasuk, pelaksanaan sistem jam jaga, bagi memastikan dua pengawal bertugas untuk satu-satu masa dan spesifikasi kamera CCTV dan sistem penggera.

Audit Negara 2012 - Siri 5

LKIM Jual Diesel Pada Harga Salah, Kerajaan Tanggung Kerugian RM8.14 Juta

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,002 transaksi diesel yang dijual di bawah skim subsidi diesel Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akhirnya menjadi harga super subsidi dengan kos RM8.14 juta ditanggung kerajaan.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan bahawa diesel telah dijual kepada kapal Zon C2 pada harga RM1.25 seliter, berbanding RM1.80 seliter harga sebenar.

"Analisis Audit kemudian mendapati bahawa 14.81 liter telah dijual pada harga super subsidi, tambahan RM8.14 juta yang ditanggung dalam kos kerajaan," laporan itu dibaca.

Dalam 2,002 transaksi urus niaga tersebut, Pahang adalah tertinggi (547), diikuti Perak (542) dan Sarawak 366.

Sebagai tindak balas, LKIM menafikan laporan itu, mengatakan bahawa pemeriksaan menunjukkan semua urus niaga sememangnya pada harga RM1.80 seliter.




Laporan Audit - siri 6

Kegunaan pesawat polis RM175j tak memadai

Pasukan polis memperolehi lima buah pesawat Beechcraft King Air 350 dengan kos US$58.25 juta (RM175.24 juta) untuk kegunaan unit udaranya.

Pesawat berkenaan bertujuan untuk menaiktaraf keselamatan udara negara.

Bagaimanapun, dalam tempoh lima tahun kegunaannya, sebuah daripada pesawat berkenaan tidak dibenarkan terbang dalam tempoh lapan bulan, di antara September 2011 hingga April 2012.

Sebuah lagi tidak boleh digunakan di antara Jun dan November 2012.

Hanya tiga buah daripada lima yang dipesan itu telah diterima setakat ini.

Projek itu dianugerahkan selepas rundingan terus dengan Hawker Pacific Airservices Ltd, melalui ejennya, EZ Aviation Sdn Bhd.

Kementerian dalam negeri melaporkan bahawa pesawat berkenaan tidak dapat digunakan kerana peruntukan kewangan yang tidak mencukupi.

Ia juga menyebut, Pasukan Gerakan Udara akan menggunakan bahagian pesawat yang tidak digunakan bagi alat ganti untuk pesawat lain.

Laporan Ketua Audit Negara menyebut, kesemua pesawat pasukan tersebut sepatutnya berada dalam keadaan selamat untuk kegunaan setiap masa.

Ia turut menemui kelemahan dalam proses penyediaan dan perancangan, yang menyebabkan unit berkenaan terpaksa bergantung kepada syarikat swasata bagi penyelenggaraan pesawat berkenaan.

Laporan Ketua Audit Negara menyarankan agar tindakan segera diambil bagi memastikan unit berkenaan menjadi organisasi yang dapat menyelenggara pesawatnya sendiri berdasarkan piawai yang ditetapkan.

Ia turut mendapati tiga pesawat berkenaan hanya merekodkan penerbangan selama 43 jam untuk memantau jenayah dan 89 jam untuk ketenteraman awam antara 2010 hingga 2012.

Ia didapati lebih banyak digunakan untuk sokongan operasi dan latihan, masing-masing melibatkan 2,223 jam dan 672 jam.

Jumlah masa ini didapati tidak memadai dengan tujuan pembelian dan penyelenggaraannya, menurut laporan itu lagi.

Kementerian Dalam Negeri dalam jawapannya menyebut, kewangan unit udara tersebut terhad dan ia mendapatkan peruntukan tambahan berjumlah RM194.75 juta untuk penyelenggaraan pesawat berkenaan pada November 2012.

Laporan Ketua Audit Negara juga mencadangkan agar juruterbang dan jurutera disediakan secukupnya untuk mengendalikan pesawat terbabit bagi memastikan ia digunakan dengan optimum.
Laporan Audit 2012 - Siri 7

Makanan lebih tarikh luput ditemui di stor TLDM

Bekalan makanan kering untuk Tentera Laut Diraja Malaysia yang tamat tempoh selama hampir setahun didapati masih disimpan di stor pasukan berkenaan sehinggalah dikesan oleh Jabatan Audit Negara.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 menyebut, rangsum itu termasuk kiub pati ayam dan cuka, yang tamat tempoh pada September 2011 tetapi masih disimpan di stor tersebut pada Julai 2012.

Menurut laporan itu, bekalan itu juga disimpan dengan tidak baik dan berisiko menyebabkan keracunan makanan kepada anggota tentera laut.

“Kebersihan rangsum di Wisma Samudera terjejas kerana terdapat serangga perosak di dalam bungkusan agar-agar dan serbuk kari yang boleh mengakibatkan keracunan makanan.

“Manakala di KD Sultan Badlishah, bungkusan agar-agar dan mihun terbuka serta terdedah kepada serangga perosak sekali gus menjejaskan kualiti rangsum tersebut.

“Selepas teguran Audit, tindakan serta merta telah diambil seperti menyusun, mengemas dan membersihkan stor pengguna tersebut,” laporan itu dipetik.

Makanan yang tamat tempoh itu juga dilupuskan selepas audit dijalankan tahun lalu, menurut laporan itu lagi.

Dalam laporan tersebut, Jabatan Audit menasihatkan Kementerian Pertahanan agar memastikan rangsum yang dipesan bagi TLDM itu ditanda dengan baik bagi memastikan tarikh luputnya masih dapat dibaca.

Ia juga menyatakan, kementerian menandatangani kontrak dengan nilai lebih besar daripada yang diperlukan dalam bekalannya.
Laporan Audit 2012 : siri 8

Bayar K-Pop RM1.6 juta tidak berhemat

KUALA LUMPUR: Bayaran RM1.6 juta kepada artis K-Pop oleh Kementerian Belia dan Sukan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 yang diadakan pada 23 hingga 27 Mei 2012 di Putrajaya tidak berhemat.

Perkara itu terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 bagi Aktiviti Kementerian/Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan Siri 2.

Ia dimuatkan dalam Jadual 16.14 Perbelanjaan Hari Belia Negara 2012 Yang Tidak Dibuat Secara Berhemat.

Pada bahagian catatan mengenai perbelajaan itu dinyatakan ‘perbelanjaan tinggi, tidak selaras dengan peraturan perbelanjaan berhemat’.


Laporan audit 2012- Siri 9

KWAP rugi RM209.55 juta labur dalam TdC

KUALA LUMPUR: Pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dalam saham TIME dotCom Berhad (TdC) menyebabkan KWAP menanggung kerugian sebanyak RM209.55 juta.

Laporan Ketua Audit Negara memberitahu jumlah kerugian tersebut atas jualan saham TdC sepanjang tahun 2007 sehingga 15 Mac 2013.

Pelaburan Portfolio Khas saham TdC telah dibuat pada bulan November 2001 melalui Tawaran Awam Permulaan (IPO) TdC sebanyak 273.86 juta unit saham dengan kos berjumlah RM903.75 juta pada nilai IPO RM3.30 sesaham.

Mengikut Polisi dan Garis Panduan Pelaburan, penjualan sahan yang rugi hendaklah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Pelaburan.

Ketua Jabatan Ekuiti juga boleh mencadangkan kepada Jawatankuasa Pelaburan untuk penjualan sahan yang mencatatkan rugi belum direalisasi melebihi 20 peratus secara konsisten melebihi enam bulan.

Semakan Audit mendapati Panel Pelaburan telah meluluskan penjualan unit sahan TdC secara berperingkat pada harga minimum RM0.90 sesaham.

Keputusan ini dibuat berikutan prestasi saham TdC yang tidak memuaskan dengan mencatatkan nilai pasaran lebih rendah daripada nilai IPO.

Semakan Audit turut mendapati KWAP tidak menerima pulangan dividen sepanjang pemilikan sahan TdC sehingga 15 Mac 2013.

KWAP hanya menerima capital repayment pada 30 Mei 2012 berjumlah RM3.65 juta berikutan aktiviti penstrukturan semula modal berbayar TdC.

Laporan Ketua Audit berpendapat, pelaburan KWAP dalam saham TIME dotCom Berhad menyebabkan KWAP menanggung kerugian kerana kejatuhan harga saham, tiada pulangan dividen, kerugian belum direalisasi yang tinggi serta rugi atas penjualan saham TdC.

Audit Negara 2012 - Siri 10

Projek 'Sakit' Pembentungan Di Kuala Sawah Beri Impak Kos Kepada Kerajaan

KUALA LUMPUR: Projek rangkaian paip pembetungan di Kuala Sawah, Seremban, Negeri Sembilan yang 'sakit' ekoran kelewatan kontraktor asal menyiapkan projek memberi impak kepada kerajaan dari aspek kos berikutan peningkatan kos keseluruhan projek daripada RM81.45 juta kepada RM121.65 juta.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Selasa, semakan audit mendapati Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) masih belum menuntut kerugian itu memandangkan kerja-kerja pembinaan oleh kontraktor penyelamat masih dalam peringkat pelaksanaan.

Mengikut syarat kontrak, kerajaan boleh menuntut sebarang kerugian daripada kontraktor asal jika kontrak ditamatkan akibat kegagalan menyiapkan projek.

Menurut laporan audit itu, maklum balas JPP yang diterima pada 8 Mac 2013 menyatakan bahawa pelantikan kontraktor itu bukan seperti yang disyorkan Jawatankuasa Penilaian Tender JPP dan Lembaga Perolehan A, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Bagaimanapun, JPP telah memantau dan membantu kontraktor dalam pelaksanaan projek namun kontraktor tidak berupaya menyiapkan projek berkenaan.

JPP dalam maklum balasnya menyatakan terpaksa mengambil langkah penamatan pengambilan kerja kontraktor mengikut prosedur dan peruntukan kontrak sedia ada.

Menurut jabatan itu, kerugian yang dialami oleh kerajaan dan/atau ganti rosak yang berlaku kepada kerajaan akan dituntut secara terus daripada kontraktor.

Tuntutan dijangka dikemukakan pada Julai 2013, menurut maklum balas JPP dalam laporan audit itu.

Sehubungan itu, laporan itu mengesyorkan kepada JPP supaya menyenaraihitamkan kontraktor yang gagal menyiapkan kerja pembinaan projek pembetungan mengikut syarat kontrak.


Laporan Audit 2012- siri 11

RTM beli jam dinding RM 3,800

JAM DINDING yang bernilai tak melebihi RM 100 seunit dibeli oleh RTM dengan harga RM 3,810 seunit.

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong