INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

MADU KELULUT CHINI 4

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Memuatkan ...

Sabtu, Oktober 05, 2013

SPRM siasat pembelian apartmen mewah Felda di London, jejas peluang Isa

Pembelian kompleks apartmen mewah Felda bernilai £98 juta (RM497 juta) sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dijangkakan menjejaskan peluang Tan Sri Isa Samad dalam perebutan jawatan naib presiden Umno.
The Malaysian Insider difahamkan terdapat ketidakpuashatian dikalangan pemimpin Umno berhubung perbelanjaan besar dibayar oleh Felda Investment Corp (FIC) UK Properties untuk Grand Plaza Serviced Apartments di kawasan Bayswater, London yang terkenal dikalangan rakyat Malaysia menetap di ibukota United Kingdom (UK) itu.
“Harganya imenjadi buah mulut orang Umno kerana ianya terlalu mahal dan sesuatu yang tidak seharusnya Felda laburkan,” kata seorang “warlord” Umno kepada The Malaysian Insider.
“Terdapat cukup kontroversi berhubung penyenaraian FGVH, jadi kita tidak mahu satu lagi peluru untuk pembangkang gunakan,” katanya merujuk kepada penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd tahun lepas.
Difahamkan juga SPRM sedang mengkaji perkara ini untuk melihat sama ada terdapat unsur rasuah dalam perjanjian yang dimuktamadkan 4 September lepas.
Sumber memberitahu SPRM sedang bekerjasama dengan pihak-pihak lain untuk menyiasat perkara ini.
“Ini merupakan perkara sensitif kerana ia melibatkan agensi yang dipengerusikan oleh pemimpin Umno yang bertanding. Ia tidak seharusnya dilihat sebagai cara untuk mengalahkan Isa,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
Isa merupakan salah seorang daripada tiga pencabar kepada tiga penyandang jawatan naib presiden Umno iaitu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Isa (gambar) yang popular itu dinamakan sebagai pengerusi Felda dua tahun lalu dan FGVH tetap disenaraikan walaupun terdapat bantahan daripada sesetengah peneroka yang takut mereka kehilangan kawalan terhadap tanah mereka.
Beliau mempertahankan pembelian itu apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mempersoalkan jumlah dibayar untuk membeli Grand Plaza Serviced Apartments minggu lepas dan apa untungnya terhadap sejuta peneroka Felda.
“Ini bukan isu luar biasa. Tabung Haji juga beli beberapa bangunan di London,” kata bekas menteri besar Negeri Sembilan itu bulan lepas merujuk kepada Lembaga Tabung Haji.
“Kami membeli kerana kami mahukan asset,” tambah beliau.
Felda dan anak syarikatnya FGVH sebelum ini membelanjakan RM86 juta untuk membeli Grand Borneo Hotel di Kota Kinabalu, RM110 juta untuk pembuat kad pintar dan pemaju pertanian kampung Iris Corp dan hartanah di UK.
Grand Plaza merupakan apartmen mewah terbesar di London yang mempunyai 198 unit apartmen dan seluas 105,044 kaki persegi.
Terletak berhampiran dengan stesen subway Bayswater, 90% daripada unit penuh setiap bulan dan Isa mengatakan ianya di tangga pertama dalam carian Google dan 75% daripada penjualan berlaku secara atas talian.
Akan tetapi pengkritik mengatakan Felda seharusnya melabur kepada sektor perladangan berbanding dengan hartanah atau berkaitan dengan pelancongan.
 “Terdapat untung lebih besar jika ia melakukan kajian dan pembangunan untuk produk kelapa sawit berbanding dengan urusan hartanah,” kata seorang pegawai dari syarikat berkait kerajaan.
“Agak menghairankan melihat Felda membeli asset bukan teras apabila Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd melepaskannya untuk menggalakkan keusahawanan,” tambahnya. – 3 Oktober, 2013.



Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Isa mangkuk ni akan tetap menang juga sebab yg nak undi dia pun semuanya mangkuk2 hayun!!! Lantak pi lah...tertunggin FELDA ni ka..terbalik FELDA ka...nasiblah bangsa melayu!!!Teruskan sokongan anda pada UMNO haramjadah ni....Maci dan mangkuk2 UMNO akan kata "tak pa asalkan orang melayu memerintah dan bukan orang cina"!!

Tanpa Nama berkata...

Begitulah kalau lantiknmangkuk2 hayun ni....bila dah beli apartment di Bayswater, London nanti maka senanglah mangkuk2 hayun haramjadah ni pergi bercuti dan tinggal kat situ..tak payah nak sewa hotel! Konon2nys beli utknpelaburan.....piraaaah lu!....semua tu temberang ja! Kepada Pak cik dan mak cik kat Felda, tolong teruskan sokongan dan undi UMNO haramjadah supaya mangkuk2 ni dapat terus bersenang lenang dan bercuti ke luar negara! Bila mangkuk2 haramjadah ni balik nanti, bolehlahbpak cik dan mak cik mendengar cerita mereka kat london dng mulut tergangga!! ...ok pak cik dan mak cik?

Tanpa Nama berkata...

Kenapa 2 komen saya TIDAK disiarkan?

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong