Gandingan Ulama', Profesional dan Aktivis begitu menyerlah pada pemilihan pucuk pimpinan PAS pada kali ini. Meskipun banyak isu
Pemilihan semula Hj Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS, Dato' Husam Musa dan Salahudin Ayub mengekalkan jawatan Naib Presiden PAS adalah bukti jelas kepercayaan perwakilan terhadap kewibawaan dan kemampuan mereka. Isu Syiah, Islam Liberal dan Anwarinas yang
Kemasukan semula Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Naib Presiden PAS adalah kehendak perwakilan yang inginkan seorang tokoh Ulama' mengisi satu dari tiga kerusi Naib Presiden. Ini bukan bermakna mereka menolak Dato' Mahfuz Umar secara total, kerana beliau hanya dipisahkan 16 undi sahaja dari Dato' Husam Musa.
Sebenarnya, perwakilan begitu sukar untuk membuat pilihan. Kesemua calon Naib Presiden termasuk Dato' Abu Bakar Chik adalah pemimpin berpengalaman dan telah teruji sebagai tokoh politik dan Gerakan Islam. Dengan keputusan ini, Dato' Mahfuz boleh memberikan fokus selaku Pesuruhjaya PAS Kedah untuk mengambil balik Kedah dari Barisan Nasional pada PRU 14 nanti.
Kemasukan Dato' Nik Zawawi, Ust Nik Abduh dan Dr Riduan Mohd Nor buat pertama kali dalam senarai 18 AJK PAS Pusat menolak tanggapan PAS meminggirkan Ulama'. Tokoh muda profesional seperti Dr Riduan diberi kepercayaan. Kombinasi yang seimbang dan lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Dengan kehadiran Suhaizan Kaiat sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia yang baru, yang berpotensi memimpin perubahan lebih besar kepada golongan muda, insyaAllah, PAS akan menempuh suatu era yang menjanjikan pembaharuan yang sgt diharapkan oleh seluruh rakyat.
Barisan pemimpin yang dinamik dan berwawasan, gigih dan sabar mengharungi mehnah perjuangan; akan menggantikan UMNO yang kian lemah dan dipersoalkan intergritinya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan