Dua hari backhoe aku masuk ladang Chini 4 .. buat kerja baiki jalan pertanian blok 16 ,walau pun itu bukan jalan utama tapi ia tetap menjadi jalan yang kerap dilalui oleh lori peneroka urus sendiri atau lori kontrak technoplan.
Mengapa tidak dibiayai oleh felda walau pun dah diajukan dalam menyuarat JKKR hampir setahun ? alasanya ialah … jalan tersebut bukan jalan utama dan ia juga terletak dikawasan kebun peneroka urus sendiri..
Aku adalah bekas ahli mesyuarat JKKR lebih dari 3 tahun rasanya sudah memadai dengan pengalaman duduk dalam meja mesyuarat. Peneroka urus sendiri kena terima hakikat bahawa tidak ada pemotongan untuk jalan pertanian setiap bulan, setiap tahun … Ini bermaksud segala kos baiki jalan telah ditangung oleh peneroka yang bersama felda ..kos ini tidak memadai untuk membaiki keseluruhan jalan pertanian .
Masaalahnya mengapa Felda tidak membuat pemotongan pada peneroka urus sendiri sedangkan BTS mereka ini dihantar kekilang felda mengunakan reset felda..
Peneroka bersama felda terpaksa menangung beban yang tinggi dalam kes ini ..ini tidak termasuk penyelewengan baja,racun ,anak sawit,hilangnya BTS diladang dan ketirisan pengurusan itu sendiri..
Tidak mustahil peneroka yang bersama felda dalam tanam semula mempunyai hutang mencecah hampir RM130,000.00. ( termasuk duit sara hidup )
Pada pandangan saya Felda mesti membuat pemotongan jalan pertanian dan ansuran ladang dengan kadar segera pada peneroka urus sendiri. Jika felda gagal berbuat demikian saya sarankan pada peneroka bersama felda..sudah..sudah la.. keluarlah dan urus sendiri.. kerana tidak semestinya ambil ladang kita kena buat kerja ,80% peneroka yang ambil ladang budak indon dan bangla juga yang buat kerjanya…
Nak buat macamana !! felda kaya …sepatutnya wang tersebut boleh
untuk biayai kos jalan pertanian… tetapi apabila politik tidak sehat masuk felda dengan niat mengaut hasil maksum
felda yang hampasnya untuk peneroka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan