INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI


BERMULA 2024 FELDA TIDAK MEMBERI IZIN DAN SURAT SOKONGAN MASUK API LETRIK TNB PADA GENERASI FELDA YANG MEMBINA RUMAH DALAM LOT RUMAH FELDA. - Mar 16
 Jom kita ulas dan beri pandangan ....." KEBENARAN LANJUTAN PENYAMBUNGAN PEMASANGAN METER ELEKTRIK DIRUMAH KEDUA DALAM LOT RUMAH PENEROKA FELDA (DUA RUMAH DALAM SATU LOT RUMAH PENEROKA FELDA.4...(more)

PRK CHINI APA YANG PENEROKA DAPAT - Jun 25


LADANG PENEROKA DAHAGAKAN TEKNOLOGI - Nov 29
Sewaktu di penghujung pemerintahan BN dulu ramai peneroka Chini mohon menyerahkan semula ladang untuk diurus oleh felda tapi sesudah lebih 2 tahun felda masih membisu. Dalam keadaan felda masa...(more)

TANAH FELDA TIDAK BOLEH PINDAH MILIK - Aug 05
SALAH FAHAM MASYARAKAT FELDA TENTANG HARTA PENEROKA Q1: Ayah saya seorang peneroka, beliau telah meninggal dunia dan meninggalkan ibu saya, serta kami adik beradik. Setiap bulan hasil sawit kami...(more)

DALAM ISU ICERD TUNTUTAN COMANGO - Nov 22
Tuntutan COMANGO yang menyentuh Sensitiviti Umat Islam. 1. Setiap 4 tahun, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) akan mengkaji dan meneliti perkembangan serta...(more)

TANAH FELDA JLN SEMARAK MILIK ORANG ? - Dec 26
Kenali cara pengkhianatan mereka pada negara, bangsa & ekonomi negara. Tanah Jalan Semarak milik Felda, kemudian felda deal dgn pemaju menerusi urusniaga bernilai RM270 juta pd tahun 2015. Cuba...(more)

Shahrir akui felda hilang status tiga aset tanah - Dec 21
KUALA LUMPUR: "Saya tidak faham bagaimana tanah milik FELDA boleh dipindah milik kepada syarikat lain. Saya hanya diberitahu tanah kita sudah ditukar milik apabila masuk ke sini (FELDA)," kata Tan...(more)

MISTERI HUTANG PENEROKA FELDA - Dec 08
Masalah hutang peneroka Felda kini memakin rumit dan pelik. Penyelesaian isu ini dipayahkan dengan tiadanya mekanisma pengurusan penyata hutang yang mudah difahami peneroka dan anak-anak mereka....(more)

HUTANG PENEROKA PADA FELDA - Nov 25
Felda yakin peneroka selesai hutang dalam 20 tahun The Malaysian Insight SHAHRIR Samad yakin peneroka Felda akan berjaya menyelesaikan hutang tanam semula dengan agensi kerajaan itu selepas 20...(more)

PENEROKA FELDA, .MERDEKAKAH KITA? - Aug 31
Lurah Bilut pembuka tanah keramat Dari Perlis hingga ke Sabah Felda terpahat Pikul lembek, bantal dan anak nyor sepohon dua Simbolik penghijrahan ayah dan ibu kita seawal 60an Felda mengiringi...(more)

Widget by Beautiful Beta

CARIAN BLOG INI

Rabu, Januari 01, 2014

TAK MUNGKIN HIMPUNAN GULINGKAN KERAJAAN MACAM INI ??


Aku yakin paparan akhbar tempatan esok hari memaparkan botol mineral yang melayang ke atas stage konsert di Dataran Merdeka. Mereka akan mengulas lihatlah himpunan 'guling' ini ganas, merbahaya & nak jatuhkan kerajaan. Namun sebagai saksi di tempat kejadian ingin aku ceritakan serba ringkas apa sebenarnya yang berlaku.

Pertamanya, aku tiba ke dataran jam 1015 malam.Masa aku sampai orang dah ramai. Mungkin dalam 20 ribu orang. Peserta himpunan Turun ini tidak dapat masuk ke padang kerana ramai polis menghalang. Tapi aku pelik, apa yang pelik sangat dorg ni. Sah2 nak masuk padang dataran banyak laluan lain.

Jadi aku malas bersesak2 di situ dan terus menyeberangi 'jambatan' untuk ke padang.

Sampai je kat padang, konsert dbkl berjalan seperti biasa. Adalah dalam 5 ribu orang yang menonton. Yang ramai aku nampak mat2 bangla & indo. Ye lah, inikan Negara Banglasia.

Dari seorang artis ke seorang artis. Peserta himpunan masih dihadang oleh pihak polis. Dalam jam 1115 malam aku nampak peserta himpunan berpusu2 ke padang dataran merdeka. Mereka hanya berkumpul di jalan raya. Ada yang duduk, berdiri, melaungkan Turun2 dan sebagainya.

Jay jay yang buat persembahan rasa tak senang sebab nampak dari atas stage ramai berhimpun di sebelah padang. Dia tanya tu yang kat sebelah tu buat apa? Peserta 



himpunan jawab turun.. Turun.. Turun.. Haha.. Jay jay speechless dan kata harap malam ni semuanya selamat. Kemudian jay jay nyanyi lagu putih2 melati. Audien di padang banyak yg berdiri, menyanyi bersama dan berjoget.

Then Najwa Latif nyanyi. 2 lagu.. Ceh aku dah macam laporkan konsert Dbkl plak kan.. Kah3..

Lepas Najwa ni lah segalanya berubah. Naik seorang penyanyi perempuan. Nyanyi dalam beberapa rangkap lagu sedang di sisi padang sedikit demi sedikit peserta himpunan masuk ke dalm padang. Makin lama makin ramai. Masa ni aku dah nampak bbrp orang anggota polis ke stage dan berbincang sst dgn pihak

Aku dah rasa lain macam.

Dalam beberapa saat kemudian aku nampak balingan botol2 mineral dari tempat audien melayang ke atas stage. 1 botol, 2, 3, 4 dan seterusnya. Emcee umumkan sampai sini saja. Kita terpaksa berhenti. Selepas itu lampu di stage semuanya padam. Pemain muzik orkestra juga berhenti serta merta.

Masa ni aku dah rasa tak sedap hati. Aku dah bayangkan laporan media macai esok hari. Namun aku ada beberapa soalan :

1. Botol mineral dibaling dari tempat audien. Maksudnya tempat di mana mereka yang telah awal masuk dan duduk di atas padang. Peserta himpunan masih belum sampai ke situ. Siapa yang baling?

2. Yang aku pelik, air mineral tu bila baling sampai pula sampai atas stage. Maksudnya air masih banyak. Masih berat Barangkali botol mineral ini masih belum dibuka. Kepala bana apa beli air mineral x minum dan pakat2 baling sampai stage?

3. Kenapa balingan botol mineral ini mirip2 kejadian di depan sogo semasa bersih 3.0? Ada yg baling ke kereta polis dan sampai skrg tidak tahu siapa yang baling.

Aku tinggalkan 3 persoalan ni pada korang semua. Siapa yang faham tu, tahu sangat siapa punya kerja yg baling botol dan cetuskan provokasi.

Now aku dah on the way balik. Aku malas nak lama2 kat sana dan aku tak tahu apa terus berlaku kat sana.

Yang pasti, tahun 2014 ini bersedialah semua hamba rakyat menanggung kebangangan peminpin yang tdk pandai mengurus ekonomi. Yang jadi mangsa, kitalah rakyat Malaysia.

Selamat malam Malaysia.. Selamat tahun baru..


























Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenapa 95 peratus orang yg protes tu Melayu?Because they cant think beyond their noses!Ada ke satu Negara didunia ni yang harga barang murah dan banyak subsidi kerajaan? Masa aku study kat UK tahun 80an dulu,the equivalent of GST was 15 percent!Tulah Melayu,tak baca pasal ekonomi, asyik burukkan negara sendiri but too dumb to find an alternative solution to rising prices kerana tak pandai berfikir dan kurang membaca....go whichever way the wind blows..itulah Melayu,sadly.

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong