INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Jumaat, Februari 14, 2014

Islam DiUtama Negara Sejahtera Umat Sentosa Khutbah Terkini

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 152 – 153 surah al-Baqarah :
فَاذْكُرُ‌ونِي أَذْكُرْ‌كُمْ وَاشْكُرُ‌وا لِي وَلَا تَكْفُرُ‌ونِ ﴿١٥٢ ﴾يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ‌ وَالصَّلَاةِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِ‌ينَ ﴿١٥٣ ﴾
Maksudnya :Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi syariatKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
Seruan taqwa kepada Allah sentiasa berkumandang dalam mengingatkan kita semua agar tidak tergelincir daripada landasan yang telah ditetapkan oleh Allah samada dari sudut Aqidah, Syariat, Mua’malat dan akhlak. Melalui ibadat khusus umpama solat 5 waktu paling kurang kita akan mengucap secara berulangkali kalimah “Allahu Akbar” yang bererti Allah Maha Besar. Antara hikmat sebutan yang diulang-ulang ini bagi memastikan ia benar-benar meresap ke dalam sanubari kita bahawa hanya Allah sahaja yang Maha Besar sedangkan makhluk yang lain serba kekurangan dan kelemahan yang tidak mampu mendatangkan sebarang manfaat atau mudharat kepada kita. Bila perasaan takut kepada Allah hilang maka kita pasti akan takut sesama makhluk.Ucapan kalimah “Allahu Akbar” secara berulangkali juga mendidik jiwa kita supaya sentiasa mengingati Allah bukan sahaja dalam solat malah di luar solat kerana hanya dengan mengingati Allah sahaja hati kita menjadi tenang serta dapat mencegah kita daripada melakukan penderhakaan maksiat terhadap Allah samada dalam keadaan terang-terangan atau sembunyi.
Firman Allah dalam ayat 28 surah ar-Ra’adu :
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ‌ اللَّـهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ‌ اللَّـهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ ﴿٢٨ ﴾
Maksudnya :”(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 212 surah al-Baqarah :
زُيِّنَ لِلَّذِينَ كَفَرُ‌وا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَيَسْخَرُ‌ونَ مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا ۘ وَالَّذِينَ اتَّقَوْا فَوْقَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ وَاللَّـهُ يَرْ‌زُقُ مَن يَشَاءُ بِغَيْرِ‌ حِسَابٍ
Maksudnya :Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira
Bila kita semua telah menjadi umat Islam yang sentiasa menjaga solat maka sepatutnya telah terhakis daripada diri kita sikap terlalu membesarkan kehidupan dunia dengan mengecilkan masalah bekalan akhirat.Apabila dunia menjadi matlamat sehingga persiapan untuk menuju ke akhirat tempat balasan Syurga dan Neraka dipandang remeh temeh menyebabkan kita menjadi umat yang rugi dan menyesal yang tidak berguna lagi.Sebelum kita hanyut lebih jauh maka tanyalah diri kita tentang tujuan utama kita dilahirkan di dunia ini.Jika sekadar untuk makan maka binatang pun makan juga.Jika untuk sekadar mencari rezeki maka binatang pun pandai cari rezeki seumpama burung yang terbang jauh pada pagi hari dengan perut yang kosong tetapi bila pulang petang penuh dengan makanan.Oleh itu ingatlah kembali tujuan kita lahir ke dunia untuk beribadat sebagai hamba Allah.
Renungi kepada maksud suatu hadis hasan sohih yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi di manaDunia ini hanya untuk 4 jenis manusia.[1], orang yang Allah SWT beri rezeki dalam bentuk harta dan ilmu pengetahuan, kemudian dia bertakwa kepada Tuhan, merapatkan hubungan tali kekeluargaan dan tahu hak Allah SWT dalam apa yang dimilikinya, itu adalah tingkatan manusia yang paling utama.
[2], orang yang diberi Allah SWT ilmu pengetahuan tetapi tidak diberi harta, dan dia menyimpan niat yang benar, dan dia berkata: Jika saya mempunyai harta, saya lakukan kebaikan seperti yang dilakukan oleh si fulan. Disebabkan niatnya yang benar itu, dia diberi pahala yang sama banyak dengan pahala orang yang dijadikan contoh olehnya.[3], orang yang diberi harta oleh Allah SWT tetapi tidak diberi ilmu pengetahuan, kemudian dia menggunakan hartanya untuk perkara yang tidak diketahuinya, dan dia tidak pula bertakwa kepada Tuhannya, dan dia tidak suka merapatkan hubungan tali kekeluargaan, bahkan dia juga tidak tahu hak Allah SWT dalam apa yang dimilikinya, orang begini berada dalam kedudukan paling buruk.
[4], orang yang tidak diberi harta atau ilmu pengetahuan, dan dia berkata: Andai kata saya mempunyai harta, saya melakukan perkara buruk macam si fulan. Disebabkan niat buruknya itu, dia diberi dosa yang sama banyak dengan dosa orang yang dijadikan contoh.”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali ‘Imran :
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Selain disuruh sentiasa menyebut dan mengingati Allahmaka kita juga dituntut supaya banyak berselawat kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w dan mengikuti jejak langkah baginda dalam setiap aspek kehidupan.Amalan selawat dan ingat kepada nabi bukan hanya bermusim seperti pada bulan Rabiul Awwal sahaja malah sepanjang masa. Imam al-Ghazali pernah mengingatkan kita supaya tidak tergolong dalam golongan yang tertipu dengan amalan yang kecil sehingga mengabaikan kewajipan yang lebih besar seumpama umat yang hanya rasa cukup sekadar berselawat kepada nabi tetapi begitu benci kepada sunnah nabi terutama yang tidak sesuai dengan selera hawa nafsunya.
Ketika berbicara tentang sunnah nabi maka kita terpanggil untuk sama-sama berusaha terutama melalui doa agar pasangan rakyat Malaysia yang sedang ditahan di Sweden atas alasan memukul tangan anak mereka kerana tak mahu solat supaya dapat dibebaskan segera. Peristiwa ini sebenarnya turut mengetuk hati ibubapa di Negara ini tentang berapa ramai yang sanggup pukul anak secara hikmat kerana tidak solat berbanding perkara duniawi yang lain. Begitu juga isu murid yang didenda makan rumput kerana tidak menyiapkan kerja sekolah mendedahkan beberapa kelemahan samada dari segi tindakan yang dikira melampau mahu pun hak warga pendidik yang agak tertekan bila guru bagaikan tiada ruang untuk membela diri apabila berdepan dengan sebarang tindak balas termasuk saman daripada ibubapa.Kita tidak mahu selepas ini sekolah hanya menjadi tempat belajar semata-mata bukan lagi tempat untuk mendidik akibat kekangan terhadap guru. Ambillah cara pendidikan yang telah digariskan oleh Islam dalam melahirkan guru yang baik dalam melahirkan generasi yang cemerlang dunia akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 58 surah al-A’araf :
وَالْبَلَدُ الطَّيِّبُ يَخْرُ‌جُ نَبَاتُهُ بِإِذْنِ رَ‌بِّهِ ۖ وَالَّذِي خَبُثَ لَا يَخْرُ‌جُ إِلَّا نَكِدًا ۚ كَذَٰلِكَ نُصَرِّ‌فُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَشْكُرُ‌ونَ
Maksudnya :Dan negeri yang baik (tanahnya), tanaman-tanamannya tumbuh (subur) dengan izin Allah; dan negeri yang tidak baik (tanahnya) tidak tumbuh tanamannya melainkan dengan keadaan bantut. Demikianlah Kami menerangkan tanda-tanda (kemurahan dan kekuasaan) Kami dengan berbagai cara bagi orang-orang yang (mahu) bersyukur.
Jika ajaran guru banyak mencorakkan cara berfikir dan bertindak pelajarnya begitu juga hal keadaan pemimpin banyak mempengaruhi cara kehidupan rakyat jelata. Oleh itu Islam sentiasa memandang berat berkaitan kepimpinan Negara agar corak pemerintahan dan arah tuju selari dengan kehendak Islam. Ketika kita mahu meninggalkan bulan Rabiul Awwal yang merupakan bulan kelahiran junjungan nabi Muhammad s.a.w maka kita jangan lupa bahawa pada bulan Rabiul Awwal tahun 11 Hijrah menyaksikan bagaimana tarikh kewafatan nabi s.a.w. Kewafatan nabi s.a.w telah menyaksikan bagaimana cabaran kepada aqidah umat Islam pada masa itu begitu kuat sehingga ada yang kembali murtad. Sayyidina Abu Bakar bersama Sayyidina Umar segera menyelesaikan masalah perlantikan khalifah bertujuan untuk memastikan urusan umat Islam dan Negara dapat diselesaikan dengan segera.Kepimpinan berdasarkan Islam dapat memastikan masalah Aqidah, syariat, mua’amalat dan akhlak dalam Negara dapat dijaga. Sedangkan kepimpinan yang tidak menjadikan Islam sebagai cara hidup akan menyebabkan masalah Aqidah semakin goyah, syariat Islam dipersenda seperti kes guru muallaf yang dipecat kerana tidak mahu buka tudung ke sekolah, artis yang dipersenda kerana bertudung, ada syarikat yang tidak membenarkan pekerja Islam solat dan sebagainya. Itu tidak dikira dengan kes jenayah yang terus meningkat. Masalah kos sara hidup yang semakin tinggi rentetan daripada kenaikan harga barang kerana pemimpin mengamalkan 4B iaitu boros, bazir, bocor dan berhutang dalam mengurus harta Negara. Akhirnya lahir golongan kaya semakin kaya yang miskin papa kedana. Sudahlah subsidi ditarik satu demi satu diikuti dengan cukai yang menghisap darah rakyat.Ibnu Khaldun telah mengingatkan bagaimana adanya 2 buah kerajaan yang Berjaya dan gagal iaitu [1] kerajaan yang mengenakan cukai yang rendah tetapi mampu memberi kebajikan yang tinggi kepada rakyat kerana amanah dan cermat dalam mengurus harta Negara sehingga Negara maju dan Berjaya.[2]Kerajaanyang mengenakan cukai yang tinggi tetapi kebajikan terhadap rakyat diabaikan akibat wang Negara dihabiskan untuk kemewahan pemimpin dan projek mega yang tidak bermanfaat yang akhirnya Negara ini akan hancur dan musnah. Perkara ini dibimbangi akan berlaku pada Negara kita jika terus suka ditipu. Oleh itu sedarlah kita daripada mimpi kerana amukan kenaikan harga barang sedang berlaku setiap hari.Sedar sebelum semuanya tergadai, bangkit sebelum kita semakin tersepit. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

http://ekhutbah.wordpress.com/khutbah-terkini/
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong