10 ARTIKAL TERKINI
BERMULA 2024 FELDA TIDAK MEMBERI IZIN DAN SURAT SOKONGAN MASUK API LETRIK TNB PADA GENERASI FELDA YANG MEMBINA RUMAH DALAM LOT RUMAH FELDA. - Mar 16
Jom kita ulas dan beri pandangan ....." KEBENARAN LANJUTAN PENYAMBUNGAN PEMASANGAN METER ELEKTRIK DIRUMAH KEDUA DALAM LOT RUMAH PENEROKA FELDA (DUA RUMAH DALAM SATU LOT RUMAH PENEROKA FELDA.4...(more)
PRK CHINI APA YANG PENEROKA DAPAT - Jun 25
LADANG PENEROKA DAHAGAKAN TEKNOLOGI - Nov 29
Sewaktu di penghujung pemerintahan BN dulu ramai peneroka Chini mohon menyerahkan semula ladang untuk diurus oleh felda tapi sesudah lebih 2 tahun felda masih membisu. Dalam keadaan felda masa...(more)
TANAH FELDA TIDAK BOLEH PINDAH MILIK - Aug 05
SALAH FAHAM MASYARAKAT FELDA TENTANG HARTA PENEROKA Q1: Ayah saya seorang peneroka, beliau telah meninggal dunia dan meninggalkan ibu saya, serta kami adik beradik. Setiap bulan hasil sawit kami...(more)
DALAM ISU ICERD TUNTUTAN COMANGO - Nov 22
Tuntutan COMANGO yang menyentuh Sensitiviti Umat Islam. 1. Setiap 4 tahun, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) akan mengkaji dan meneliti perkembangan serta...(more)
TANAH FELDA JLN SEMARAK MILIK ORANG ? - Dec 26
Kenali cara pengkhianatan mereka pada negara, bangsa & ekonomi negara. Tanah Jalan Semarak milik Felda, kemudian felda deal dgn pemaju menerusi urusniaga bernilai RM270 juta pd tahun 2015. Cuba...(more)
Shahrir akui felda hilang status tiga aset tanah - Dec 21
KUALA LUMPUR: "Saya tidak faham bagaimana tanah milik FELDA boleh dipindah milik kepada syarikat lain. Saya hanya diberitahu tanah kita sudah ditukar milik apabila masuk ke sini (FELDA)," kata Tan...(more)
MISTERI HUTANG PENEROKA FELDA - Dec 08
Masalah hutang peneroka Felda kini memakin rumit dan pelik. Penyelesaian isu ini dipayahkan dengan tiadanya mekanisma pengurusan penyata hutang yang mudah difahami peneroka dan anak-anak mereka....(more)
HUTANG PENEROKA PADA FELDA - Nov 25
Felda yakin peneroka selesai hutang dalam 20 tahun The Malaysian Insight SHAHRIR Samad yakin peneroka Felda akan berjaya menyelesaikan hutang tanam semula dengan agensi kerajaan itu selepas 20...(more)
PENEROKA FELDA, .MERDEKAKAH KITA? - Aug 31
Lurah Bilut pembuka tanah keramat Dari Perlis hingga ke Sabah Felda terpahat Pikul lembek, bantal dan anak nyor sepohon dua Simbolik penghijrahan ayah dan ibu kita seawal 60an Felda mengiringi...(more)
Widget by Beautiful Beta
CARIAN BLOG INI
Selasa, Mac 11, 2014
SEKITAR PENAMAAN CALUN KAJANG
Wan Azizah dijangka menang besarSHAH ALAM - Pemilihan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon mengganti suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PKR di kerusi Dun Kajang dijangka akan meningkatkan bilangan undi bagi PR. Penganalisis politik, Prof Madya Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) itu akan memberikan undi simpati terhadap Wan Azizah ekoran kes yang melibatkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR. Menurutnya, Wan Azizah juga mampu menyaingi kredibiliti Anwar untuk menang besar di kawasan tersebut seperti persepsi masyarakat umum yang dikeluarkan terhadap Ketua Pembangkang itu. "Saya percaya kredibiti Wan Azizah adalah sama dengan Anwar dan berkemungkinan jumlah undi akan lebih meningkat daripada jangkaan pengundi untuk Anwar. "Ini kerana ada undi simpati terhadap Wan Azizah," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini. Semalam, media melaporkan Wan Azizah diumumkan sebagai pengganti suaminya Anwar untuk bertanding pada PRK Dun Kajang, 23 Mac ini. Pengumuman tersebut dilakukan sendiri oleh Anwar yang juga Ketua Pembangkang itu dalam satu sidang media khas di Batu 12, Kajang, pada Ahad. Wan Azizah dipilih sebagai calon ganti ekoran Anwar hilang kelayakan untuk bertanding selepas disabitkan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan serta dijatuhkan hukuman lima tahun penjara. Sebelum ini, pada Januari lalu, bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh telah meletak jawatan sekaligus PR telah memilih Anwar sebagai calon PRK Dun Kajang. Dalam pada itu, Shamsul juga berkata, pemilihan Wan Azizah sebagai calon dapat menyambung legasi Ketua Pembangkang itu di Selangor. "Kita boleh katakan ini sebahagian daripada politik Anwar di mana dia sudah tidak boleh bertanding di Kajang. "Dengan menggantikan Wan Azizah iaitu calon yang berkaitan dengan dirinya (Anwar), isu di Kajang akan tetap membawa kehangatan tentang Anwar. "Jadi ia mampu membawa Anwar kembali ke dalam Kabinet Selangor walaupun dikenakan penjara," katanya. -SH
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kosong
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
kosong
1 ulasan:
BN hanya perlu kecilkan majoriti. Itu sudah cukup untuk buktikan kemerosotan Pakatan
Catat Ulasan