Sewaktu PAS mengetuai Kerajaan di Terengganu pada 1999-2004,
antara dasar kerajaan negeri ialah memberi tanah kepada rakyat miskin dan
kurang bernasib baik. Dalam tempoh tidak sampai 5 tahun, 60 ribu lot tanah di
agih tanpa mengira idealogi politik. Pendekatan Kerajaan negeri dikagumi atas
usaha gigih mengurniakan tanah dalam tempoh yang singkat.
Program Rancangan Tanah Berkelompok(RTB) yang dilakukan oleh
Kerajaan PAS Terengganu pimpinan Menteri Besar waktu itu, Dato' Seri Tuan Guru
Hj Abd Hadi Awang, menjadi bualan dan perbincangan rakyat. Usaha terbaik
menangani persoalan perumahan rakyat. Ia mendorong Pejabat Tanah di negeri lain
datang ke Terengganu untuk mendapat gambaran usaha yang dilakukan dan dicapai
dalam tempoh yang singkat.
Malangnya, bila berlaku pertukaran kerajaan kepada Barisan
Nasional, dasar baik Kerajaan PAS bukan sahaja tidak dilanjutkan; malah lot2
tanah yang telah diberi dirampas semula dengan cara yang amat kejam.
Perumahan yang telah wujud disodok dan dimusnahkan. Masakan
boleh kita lupakan tragedi ala yahudi di Palestin, bagaimana RTB Bujal yang
telah mula dibangunkan rumah2 rakyat dihancurkan. Teramat sedih sekali Masjid
RTB Bujal diruntuhkan!
Kezaliman kerajaan BN tidak pernah terhenti. Paling akhir
rumah milik En Awi bin Ismail di Lot PT 12630 di Kg Mak Chilli, Mukim Chukai di
robohkan oleh jentolak pada 18 mac lalu sekitar jam 10 pagi. Pihak Pejabat
Tanah Kemaman, Majlis Perbandaran Kemaman dengan bantuan anggota polis menjadi
alat Kerajaan BN memusnahkan hak kepentingan bangsa sendiri.
Pak Awi bukan orang senang. Bekerja sebagai pegawai rendah
Perwaja Steel, hanya memiliki rumah sekitar tahun 1981. Mempunyai ramai anak,
beliau memohon lot tanah di zaman Kerajaan PAS memerintah untuk menempatkan
anak2nya yang telah berkelamin tapi tiada tempat tinggal. Dengan wang KWSP,
tahun 2004, beliau mendirikan rumah dengan kos RM32,000 untuk dua orang anaknya
yang berkelamin.
Kerajaan BN sejak ambil alih kerajaan, tidak pernah berhenti
mengugut dan mengancam dengan berbagai cara untuk menghalaunya keluar dari lot
tanah LMS yang diberi Kerajaan PAS. Dia ditawarkan pampasan oleh pemaju
sejumlah RM20,000, walhal kos dia membina rumah pada tahun 2004, RM32,000.
Jumlah pampasan yang tidak munasabah.
Oleh kerana En Awie, isterinya, Pn Rohani bt Muhammad,
bertegas mempertahankan hak mereka; akhirnya, rumah yang menempatkan anak2nya
dirobohkan!.
Barang dalam rumah dilonggokkan disatu kawasan yang terdedah hingga hari ini.
Ada tuduhan mengatakan En Awie tamak sebab
diberi tanah lain, sedangkan tanah itu dipohon oleh anaknya, Pn Azura Awi yang
tiada kaitan dengan tanah atas rumah yang dirobohkan. Setiap anak, Barang dalam rumah dilonggokkan disatu kawasan yang terdedah hingga hari ini.
2 ulasan:
Macam yahudi di palestin .. dok sepatutnya berlaku. Sedeh mngenngkn nasib org melayu islam di khianati. Takdok budibicara ke mu mu semua ni ?
xkn nk salah kn BN???? org terengganu sendiri yang pilih BN kn. tu makan dia.
Catat Ulasan