INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Sabtu, Julai 19, 2014

FAHAMI UCAPAN KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA DALAM ISU MH17

Assalamualaikum.

Saya memetik kenyataan Suhaizan Kaiat, Ketua Pemuda PAS Malaysia berhubung tragedi yang menimpa MH17.
"Dalam pada itu, PPM mendesak rasional pesawat MAS masih menggunakan ruang udara Ukraine memandangkan sebuah pesawat pengangkutan telah ditembak jatuh di lokasi berdekatan awal minggu ini. Dengan rekod yang sedemikian bahaya, pesawat MAS tidak sepatutnya menggunakan ruang Ukraine sebagai laluan penerbangannya kerana risikonya terlalu tinggi. Kejadian ini menjadi iktibar supaya kerajaan bertindak pantas memastikan pesawat milik negara melalui jalan selamat dengan mengelakkan laluan konflik di mana-mana negara bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.
PPM menuntut penanggungjawaban pihak terbabit terhadap insiden yang berlaku. Mereka yang terlibat perlu di dakwa dan dihukum dengan hukuman yang setimpal. Ia adalah jenayah antarabangsa melibatkan banyak negara, dan kesemua negara yang terlibat perlu bangkit menuntut keadilan terhadap pelaku. Tindakan ketenteraan perlu dibuat ke atas pihak yang didakwa, kerana keganasan yang berlaku amat kejam dan di luar peri kemanusiaan. PPM yakin masyarakat antarabangsa tidak boleh menerima keganasan terhadap orang awam dilakukan oleh pihak militan seperti menembak jatuh pesawat komersial seperti MH17."

Dalam kenyataan tersebut, tiada satu pun ayat yang menggambarkan Suhaizan Kaiat menyalahkan mana-mana pihak. Pada perenggan pertama, beliau sebagai ketua pemuda sebuah parti politik yang sah, berhak untuk meminta penjelasan dari pihak yang terlibat. Dan beliau mendesak pihak kerajaan bertindak pantas memastikan pesawat milik negara melalui jalan selamat dengan mengelakkan laluan konflik.
Dan pada perenggan kedua, orang yang bijak boleh memahami bahawa Suhaizan Kaiat memaksudkan hukuman yang setimpal perlu dikenakan ke atas mereka yg bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17, bukannya ke atas pihak kerajaan Malaysia seperti yang difahami oleh sebilangan orang yang cetak pemikirannya.
Dengan tiba-tiba, datang si polan yang terlebih cerdik, hanya kerana dia gagal memahami ayat Bahasa melayu yang digunakan oleh Suhaizan Kaiat, terus membuat kesimpulan seperti dalam gambar poster.

Kut ye pun nak mengampu Ustaz Fathul Bari, biarlah cerdik sikit. Tak pasal-pasal Ustaz Fathul Bari pulak yang malu.

------------------------------------------------------------------------

TAKZIAH KELUARGA PESAWAT MH 17 , TUNTUT KEADILAN TERHADAP MANGSA
(17 Julai 2014)

Pemuda PAS Malaysia (PPM) merakamkan rasa sedih dan takziah kepada keluarga rakyat Malaysia seramai 43 orang termasuk 15 anak kapal dan dua bayi yang terbunuh dalam kemalangan ngeri pesawat Malaysia Airlines Boeing 777 MH17. Pesawat itu yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam pada jam 2.14 pagi waktu tempatan dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada kira-kira jam 6 pagi, ditembak jatuh melalui peluru berpandu oleh kumpulan militan di timur Ukraine, mengorbankan kesemua 298 orang dalam penerbangan tersebut.

PPM merasa sedih kerana rakyat Malaysia terperangkap dalam konflik berdarah di zon perang Ukraine-Rusia dan kesemua mereka menjadi mangsa korban keganasan di kawasan terbabit. PPM merasa hairan mengapa pesawat komersial Malaysia dilibatkan sama dalam peperangan Ukraine dan Russia sehingga ditembak jatuh oleh peluru berpandu. Pemisah Ukraine sepatutnya tahu bahawa pesawat MAS adalah pesawat komersial, bukannya pesawat tentera dan tidak memiliki sebarang senjata atau peralatan persenjataan di dalamnya.

Dalam pada itu, PPM mendesak rasional pesawat MAS masih menggunakan ruang udara Ukraine memandangkan sebuah pesawat pengangkutan telah ditembak jatuh di lokasi berdekatan awal minggu ini. Dengan rekod yang sedemikian bahaya, pesawat MAS tidak sepatutnya menggunakan ruang Ukraine sebagai laluan penerbangannya kerana risikonya terlalu tinggi. Kejadian ini menjadi iktibar supaya kerajaan bertindak pantas memastikan pesawat milik negara melalui jalan selamat dengan mengelakkan laluan konflik di mana-mana negara bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

PPM menuntut penanggungjawaban pihak terbabit terhadap insiden yang berlaku. Mereka yang terlibat perlu di dakwa dan dihukum dengan hukuman yang setimpal. Ia adalah jenayah antarabangsa melibatkan banyak negara, dan kesemua negara yang terlibat perlu bangkit menuntut keadilan terhadap pelaku. Tindakan ketenteraan perlu dibuat ke atas pihak yang didakwa, kerana keganasan yang berlaku amat kejam dan di luar peri kemanusiaan. PPM yakin masyarakat antarabangsa tidak boleh menerima keganasan terhadap orang awam dilakukan oleh pihak militan seperti menembak jatuh pesawat komersial seperti MH17.

SUHAIZAN KAIAT
Ketua Pemuda PAS Malaysia
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

tungkaran hati.blogspot berkata...

selama ini PAS tidak sebijakmana pun....hanya pandai berdolak-dalik sahaja walaupun di perbodohkan oleh rakan seperjuangan sendiri !

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong