INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Sabtu, Julai 05, 2014

INSIDEN KEMALANGAN JALAN RAYA MELIBATKAN KEMATIAN DAN KECEDERAAN ANGGOTA TENTERA DARAT- TAKZIAH

SUMBER DARI Air Times

Dalam kejadian pada 3 Jul 14 jam 6.45 petang sebuah kenderaan perisai jenis Condor Sibmas dalam konvoi dari pasukan 3 KAD, Sungai Petani, Kedah ke Lapangsasar Asahan, Melaka untuk menjalani latihan Kem Kemahiran Senjata telah terlibat dalam kemalangan di KM 232.6, Lebuhraya PLUS menghala ke selatan. Kemalangan tersebut tidak mengakibatkan kenderaan awam dan dipercayai terbabas ketika menuruni bukit serta hilang kawalan.
Kemalangan ini mengakibatkan kematian dan kecederaan kepada anggota-anggota seperti berikut:
a.Sjn Bayong ak Burma - Ketua Kenderaan
Meninggal di tempat kejadian. Mendiang akan dikebumikan di kampung halaman beliau di Taman Desa Indah, Sri Aman, Sarawak. Jenazah dijangka akan diterbangkan dari Lapangan Terbang Bayan Lepas dengan pesawat MAS jam 7.00 pagi esok. Mendiang telah berkahwin dengan Nancy ak Garang dan dikurniakan tiga cahayamata.

b.Kpl Che Mohamad Fatonah bin Che Ismail
Meninggal di Hospital Kuala Kangsar. Jenazah telah dikebumikan di kampung halaman Allahyarham di Kg Tok Sabah, Kuala Besut, Terengganu sebelum solat Jumaat, hari ini. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Fatihah bt Ismail dan seorang anak.
c.Kpl Mohd Sarifuddin bin Abdullah
Cedera dan kini masih dirawat di Hospital Kuala Kangsar. Berada dalam keadaan stabil.

d.LKpl Freedy ak Bernacbas - Pemandu
Cedera dan kini masih dirawat di Hospital Kuala Kangsar. Berada dalam keadaan stabil.
Punca kejadian kemalangan akan disiasat melalui Board of Inquiry (BOI) oleh Tentera Darat (TD) dengan lebih lanjut. TD juga mengharapkan agar tiada khabar angin dan spekulasi berkaitan punca kemalangan tersebut dan berjanji akan menangani perkara tersebut dengan sebaiknya.
Panglima Tentera Darat mewakili seluruh warga Tentera Darat mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang dan Allahyarham atas kejadian yang berlaku.





Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong