INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Khamis, Julai 03, 2014

ISU PONDOK DI KEDAH - UMNO TAK PERNAH IKLAS

DEWAN ULAMA PAS NEGERI KEDAH
KENYATAAN MEDIA
2 Julai 2014
1. Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Dato’ Dr Mashitah Ibrahim diingatkan agar menghentikan tuduhan ekstrem beliau terhadap institusi pondok yang dibangunkan atas keprihatinan tuan guru dan rakyat untuk menyuburkan ilmu Islam.
2. Kenyataannya mengaitkan pondok sebagai tempat menyebarkan fahaman esktremis merupakan satu tuduhan melulu dan menunjukkan prejudis melampau beliau. Malah, tuduhan dangkal itu seolah-olah menafikan jasa tuan-tuan guru dalam menyampaikan Islam serta keupayaan pasukan keselamatan negara dalam memantau dan menangani aktiviti ekstremis di negara ini.
3. Adalah mustahil sekolah pondok yang sedia dimaklumi sering terhimpit oleh kekurangan dana dan wujud atas sumbangan rakyat boleh membiayai pergerakan bersenjata.
4. Mungkin kerana tidak senang dengan institusi pondok yang semakin berkembang hari ini dan mereka enggan bernaung di bawah YPPM, maka Dr Mashitah membuat gesaan untuk diadakan undang-undang khusus penubuhan sekolah pondok.
5. Sepatutnya sebagai Pengerusi YPPM beliau menggalakkan kewujudan lebih banyak pondok dan bukannya berprasangka bahawa setiap kewujudan itu bermotif negatif. Tetapi kenyataannya dilihat lebih kepada mahu menyekat penubuhan sekolah-sekolah pondok.

6. Soal penyebaran fahaman ekstremis adalah satu isu lain yang mesti ditangani pihak polis dan kita yakin mereka berkeupayaan memantau hal tersebut.
7. Jangan hanya kerana terdapat individu tertentu terlibat kegiatan negatif dan kebetulan dari sekolah pondok, maka Dr Mashitah secara gopoh dan melampau turut mengaitkan seluruh pondok dengan aktiviti berkenaan.
8. Jika demikian, bagaimana penyamun, perompak, penagih dadah dan individu-individu perosak negara termasuk penjenayah kolar putih yang merupakan lulusan sekolah atau universiti kerajaan? Adakah sekolah dan universiti itu yang disalahkan?
9. Begitu juga Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir yang kebelakangan ini kerap memasuki pondok-pondok. Apakah beliau sedang menaja kegiatan tertentu untuk kepentingan peribadi?
10. Bahkan, amat dikesali kerana kenyataan jahat Dr Mashitah itu menunjukkan beliau senada dengan stigma prejudis musuh-musuh Islam yang mensasarkan institusi Islam dan umat Islam dengan kegiatan keganasan.
11. Timbalan Mufti Negeri Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin telah menyebut tiada istilah militan atau pengganas ke atas orang Islam yang mempertahankan saudara Islamnya.
12. Oleh itu, kefahaman Mashitah terhadap jihad perlu diperbetulkan terlebih dahulu dan menilai sekolah pondok secara fakta, bukannya prejudis melampau sebagaimana kenyataan dikeluarkannya.

USTAZ AHMAD YAHAYA
Setiausaha

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

minda sabina berkata...

Nama saja berkelulusan ilmu wahyu yang tertinggi tapi pemikiran dia ada pemikiran sekular persis yahudi itulah sebanya segala kenyataan yang terkeluar dari mulutnya adalah sama dengan musuh islam lihat saja kenyataan perempuan dibolehkan melacur jika dalam kepayahan apakah ilmu wahyu yang dimilikinya itu ada berkata sedemikian rupa , kalau beginilah rupa ilmuan agama islam dalam kepimpinan Najib rosaklan generasi muda islam yang hendak dibawakan oleh najib dalam wawasan anak muda bagi mencapai negara maju 2020 nanti punah ranah lah jawabnya.

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong