IPOH: Sebuah kolam penternakan ikan patin yang terletak di
lokasi Jalan Ipoh - Batu Gajah telah pecah dan menjadi tumpuan warga Ipoh.
Menurut sumber (tidak rasmi), mereka dikejutkan dengan
penemuan yang tidak disangka-sangkakan. Terdapat tulang babi dan kepala babi di
dalam kolam berkenaan. Segalanya jelas kelihatan bilamana kolam tersebut
menjadi kering.
KAMI
yakin anda pernah mendengar perihal penternak ikan keli yang memberi makan
organ dalaman babi kepada ikan ternakan mereka.Ia sekaligus menimbulkan kekecohan dan pelbagai pendapat kerana perbuatan itu ternyata bercanggah dengan syariat Islam.
Untuk makluman, memakan haiwan ternakan yang diberi makanan sebahagian besarnya organ dalaman babi atau haiwan lain secara berterusan adalah haram bagi umat Islam dan fatwa mengenai pengharaman itu sudah diwartakan.
Terbaru, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Khirul Adnan Hamid telah berkongsi ‘berita panas’ mengenai sebuah kolam penternakan ikan patin yang dikatakan mengandungi tulang babi.
Kami sendiri tidak berani untuk mengesahkan kebenarannya,
namun kami yakin akan ada pihak berwajib yang akan tampil sedikit masa lagi
untuk memberi penjelasan memandangkan perkara ini sudah viral di media sosial.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan