INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

MADU KELULUT CHINI 4

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Memuatkan ...

Jumaat, Ogos 29, 2014

KES BUDAK KENA PUKUL DI MUAR DALAM SIASATAN POLIS

Muar, 28 Ogos - Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman bin Ayob dalam Sidang Medianya berkaitan video "Budak Kena Pukul Di Muar" yang telah dimuat di laman You tube tersebar berlaku di Muar. Polis bertindak menahan empat orang remaja lelaki untuk siasatan.
Siasatan mendapati kejadian sebenar berlaku pada 14 Ogos 2014 di tepi kebun sawit kawasan Air Hitam, Muar. Dalam video tersebut menunjukkan seorang remaja lelaki telah ditendang di kepala dan badan oleh dua orang remaja. Salah seorang remaja itu telah memukul mangsa dengan sebatang kayu tapi dapat ditepis oleh mangsa. Kejadian telah dirakam oleh rakan-rakan saspek dan telah kongsi dengan rakan yang lain.

Polis merampas senjata kayu yang disyaki digunakan dalam kejadian, sebagai bukti dan menangkap empat remaja berumur 14 hingga 15 tahun termasuk saspek utama kejadian. Siasatan dijalankan di bawah Kanun Keseksaan kerana kesalahan mendatangkan kecederaan.
ACP Azman bin Ayob berkata, 'Polis akan menjalankan siasatan terperinci dan mengenalpasti motif kejadian dan memastikan rakan-rakan sejenayah saspek yang lain dikesan bagi membantu siasatan yang dijalankan.' Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil menyalurkan maklumat ke Balai Polis berhampiran atau menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Muar, DSP Azahar bin Muda di talian 06-9510020.



" Komuniti Sejahtera Komitmen Kami "
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong