INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Jumaat, September 12, 2014

GAMBAR HIMPUNAN AMAN PENEROKA 1109



Sesuatu yang tidak dapat diungkapkan dengan kata2, menyaksikan kegigihan para peneroka Felda yang datang dari seluruh tanahair bagi menghadiri Himpunan Aman dan penyerahan memorandum di SUHAKAM dan pejabat YAB Perdana Menteri di Putrajaya pada hari semalam(11 sept).
13 buah bas dari Pahang, Johor, Selangor, Perak dan kenderaan lain telah mula sampai di Kuala Lumpur sebelum tengah malam lagi. Ada juga yang menaiki bas Express, keretapi dan menunggang motosikal. Seawal lepas subuh jumaat, deringan talipon bimbit saya macam Bursa Malaysia, bertanyakan saya ada di mana.
Kebetulan, saya sampai KL hampir subuh. Seusai solat Subuh, ingin melelapkan mata barang seketika. Namun, deringan talipon bimbit merencatkan tidor saya. Sekejap Ust Rahim dari Jengka 15, kemudian Hj Hashim, Jengka 2, Abg Din Keratong, dan disusuli panggilan dari merata tempat. Tidak sampai hati membiarkan deringan tanpa membalasnya meskipun saya amat keletihan.





Saya bingkas bangun apabila menginsafi bahawa peneroka yang hadir itupun tidak cukup tidor seperti saya juga. Kalau para peneroka yang datang jauhnya ratusan kilometer dengan usia yang lanjut masih bersemangat, kenapa saya yang lebih muda mahu bermalas- malasan dan rehat?
Saya bersama tidak kurang 400 orang para peneroka dan Generasi Baru Felda di ruang legar Menara TH Perdana. Ketika jam 9.30 pagi, masih ada peneroka yang hadir belum sarapan pagi. Hanya pekena teh sahaja.
' Perjuangan lebih penting kata seorang peneroka dari Bera. Lepas jumpa Suhakam, baru saya nak makan'. Katanya.
' Saya harap betul Suhakam boleh bantu kita. Dah penat turun naik mahkamah, keluhan makcik dari Felda Maokil, sambil minta bergambar beramai2 dengan saya.





Berbagai ragam, gelagat dan rintihan yang saya dengar. Tersentuh perasaan saya tatkala menekuni cerita mereka. Susah payah puluh tahun. Bayar hutang tidak kurang 20 tahun. Hutang dah habis lama Geran Hak Milik tak dapat lagi. Mencarum RM40 sebulan selama tidak kurang 15 tahun untuk Tabung Tanam Semula, hingga kini wang tersebut gagal di perolehi.
Tertarik cerita wakil Felda Keratong 10 di depan Pesuruhjaya SUHAKAM, kebunnya sudah memasuki tahun ke 7, kerja tanam semula yang Felda lakukan tidak sempurna. Kos Sara hidup sudah mencecah hampir 70 ribu. Bayangkan jika dicampurkan kos yang lain.






Terimakasih atas keprihatinan pihak SUHAKAM. En James Nayagam, Pesuruhjaya SUHAKAM berjanji akan membuat siasatan, bertemu Jabatan Perdana Menteri, meninjau sendiri ke Tanah Rancangan Felda dan akan mengadakan Sidang Meja Bulat membincangkan aduan peneroka.
Bahkan, beliau minta mana2 pegawai Felda atau pihak yang ugut peneroka ambil nama dan maklumat, serah pada Suhakam.
Dengan rendah diri, En James dan beberapa pegawai SUHAKAM turun ke ruang legar dan bertemu para peneroka sebelum menerima memorandum yang saya serahkan kepadanya.
Dari Suhakam, peneroka ke Putrajaya. Keluar belanja sendiri untuk makan tengahari. Saya merasa bersalah kerana tidak mampu menyediakan makan tengahari buat peneroka kerana jumlah yang ramai dan ANAK tiada bajet untuk meraikan makan tengahari buat mereka.




Berjalan kaki dari Masjid Putra ke Pejabat YAB Perdana Menteri meskipun tidak jauh, ia tentu memenatkan bagi peneroka yang rata rata usianya 60 tahun keatas. Terkial kial menapak. Sambil berjalan kaki, saya asyik memerhati dan mendengar berbagai cerita mereka. MasyaAllah, hebat perjuangan mereka; suka duka dan ujian yang dilalui...
Saya, Hj Razman Zakaria, En Rahman Ramli, En Rahman Jamri dan Sdr Mohd Din, mewakili peneroka di bawa masuk ke ruang tamu dan mengadakan perbincangan dengan En Nizam Shaari, Pegawai Khas Seranta di Jabatan Perdana Menteri. Walaupun sekitar 20 minit, bagi saya ia menepati maksud dari isi memorandum yang ditujukan kepada YAB Perdana Menteri.
Rayu saya, Perdana Menteri terlalu sibuk, mana mungkin boleh bertemu. Apatah lagi rakyat biasa macam peneroka. Tetapi, ambillah sedikit masa menyemak isi memo yang di utarakan. Peneroka ni orang melayu, seagama dan sebangsa...






Dulu, Datuk Ahmad Maslan beria2 mahu berdialog setelah menolak debat yang saya cadangkan. Dia kata kalau dialog, tiga hari tiga malam pun pun boleh. Bila saya sedia dialog, sampai ke sudah tidak menjadi kenyataan. Menunggu jawapan Ahmad Maslan macam buah tak gugur. Saya harap Dato' Razali Ibrahim yang ganti tempat Datuk Ahmad Maslan lebih terbuka mendengar suara hati masyarakat Felda.
Alhamdulillah, kesediaan wakil YAB PM, Nizam Shaari menerima memo di hadapan para peneroka sangat dihargai. Ia diharap membuka era baru keprihatinan semua pihak menangani isu isu berkaitan kepentingan para peneroka.
Saya tinggalkan Putrajaya sekitar jam 4.30 petang dengan azam membara demi peneroka yang tercinta. Harapan masyarakat begitu tinggi. Meskipun saya hanya pemimpin kecil, yang tidak mampu memenuhi tuntutan peneroka, namun keberadaan dan sensitiviti kita sudah memadai.






Sayu hati ini memandang wajah bangsa ku. Derita tiada henti, menuntut hak sendiri.
Sebagai anak peneroka, kasih dan sayang saya tidak pernah padam pada bapa bapa dan ibu ibu peneroka. Dengan mereka saya bergelumang, mengajar saya erti kehidupan.
Kebanggaan sebagai anak peneroka, mesti saya balas dengan memberi khidmat bakti sekadar termampu.
Moga ada sinar di hujung terowong.......







































Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong