INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Sabtu, Oktober 11, 2014

KEMELUT BAJET 2015 PADA RAKYAT BAWAHAN




Bajet 2015 tidak menunjukkan kesungguhan Kerajaan menangani kejatuhan harga komoditi getah dan kelapa sawit. Harga getah sedang berada di paras teruk RM1.65 sekg. 440 ribu pekebun kecil getah belum diambi kira isi rumah dan penoreh yang mengambil upah atas kebun orang lain; jumlahnya lebih sejuta orang. Ia belum lagi melibatkan pekebun kelapa sawit di Kampung, Felda, Kesedar dan agensi pembangunan tanah lain. Saya yakin terdapat lebih 3 juta masyarakat pekebun kecil di Malaysia.
Peruntukkan RM100 juta kepada Lembaga Getah Malaysia sebagai mekanisme kawal selia harga di peringkat ladang, RM6.4 juta pinjaman mudah sebagai modal pusingan kepada 64 buah komersial pekebun kecil bagi membeli getah terus kepada pekebun kecil getah dan peruntukkan RM41 juta untuk insentif tanam semula; tidak membawa banyak makna. Cadangan ditetapkan harga lantai getah RM4 sekg ditolak mentah2 oleh Kerajaan tanpa mengkaji keberkesanannya.
Harus diingat pembukaan tanah di kawasan Luar Bandar seperti Felda, Felcra, Risda, Kesedar dan Ketengah adalah bertujuan menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Hampir 2 juta ekar tanah dibuka yang menempatkan 95% orang melayu. Apakah ia telah berjaya mengeluarkan penduduk melayu di bawah agensi ini daripada kemiskinan?

Jika kebergantungan mereka hanya dari sumber komoditi semata2; pendapatan tidak melebihi RM1,000 sebulan dan mungkin lebih rendah dari itu atas ketidakstabilan harga komoditi; maka usaha kerajaan berpuluh tahun membasmi kemiskinan tidak banyak hasilnya.

Semakan semula mesti dibuat terhadap pelan pembangunan agensi pembangunan tanah. Rumah2 daif yang menghiasi kawasan KETENGAH dan KESEDAR umpamanya begitu menjolok mata. Keluarga besar dalam sebuah rumah tanpa perancangan rumah generasi baru, tidak menggambarkan pembentukan keluarga yang sihat. Saya tidak pasti Skim perumahan PRIMA, Perumahan Khas Belia merangkumi Agensi Pembangunan Tanah atau tidak. Bahkan, isu Perumahan Generasi ke 2 Felda pun tidak selesai sampai hari ini. Projek Sentuhan Kasih di bawah Felda hanya mampu di beli golongan berpendapatan tetap melebihi RM2,000 sebulan. Nasib anak peneroka yang menetap di felda dan bekerja sebagai buruh kekal di takuk lama. Mahu diharapkan Felda Global Ventures(FGVH), saham pun merudum, kini, sekitar RM3.50 sahaja!

Insentif BRIM yang naik ke RM950 dan dibayar tiga kali setahun tidak mampu mengubah suasana kehidupan masyarakat luar bandar. Dengan pengurangan subsidi, harga minyak yang terus naik, kos sara hidup yang meningkat berlipat kali ganda serta sengsara rakyat dek GST yang diperkenalkan April 2015; saya menjangkakan kesan langsung paling teruk akan dirasai masyarakat Luar Bandar terutamanya melayu dan penduduk Sabah Sarawak.

Justeru, saya menggesa Ahli2 Parlimen dapat membahaskan Bajet 2015 ini dengan menekuni dan mengambil kira segmen masyarakat yang diabaikan. Ini belum lagi faktor ketirisan dan pemantauan yang lemah. Sesetengah kandungan Bajet di ulang setiap tahun, tapi perlaksanaannya?
Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Halehwal Orang Asal PAS Pusat melalui jaringan 11 Badan Ngo telah menyerahkan berpuluh memo kepada Kerajaan dan berbagai Agensi di bawahnya. Namun, tindak balasnya amat mengecewakan. Sampai hari ini, Kementerian Perladangan dan Komoditi masih tidak bersedia bertemu bagi membincangkan langkah2 menangani kejatuhan harga Komoditi. Paling akhir, memo yang dihantar secara bertangan kepada Pegawai Khas YAB Perdana Menteri pun belum ada respon apa apa.

Beginikah cara layanan Kerajaan kepada rakyat?
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong