Sidang Media Ngo ANAK pagi ini
Saham FGVH tinggal RM3.03 hari ini, jatuh begitu teruk sejak
disenaraikan di Bursa Malaysia pada 28 jun 2012. Harga getah RM1.65-2.00 sekg.
Harga Sawit pun merudum, antara RM350-420 setan.
Adakah benar hutang Felda dengan KWSP bernilai RM6.5 Bilion
distruktur semula pembayaran balik dari 10 tahun kepada 20 tahun?
Adakah benar Felda Investment Corporation(FIC) telah
meminjam dari Maybank sejumlah RM1 Bilion dan Felda penjaminnya?
Adakah benar KWSP dan KWAP telah melepaskan pegangannya
secara beransur2 dalam FGVH, kerana ketidakyakinan terhadap prestasi FGVH?
Adakah benar Koperasi Permodalan Felda terumbang ambing
setelah 51% kepentingan strategik dlm Felda Holding dijual kepada FGVH?
Adakah benar KPF membeli saham FGVH berjumlah RM800 juta dan
mengalami kerugian yang banyak?
Apa yang Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK)
ramalkan sebelum penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia telah menjadi kenyataan.
Adakah FGVH bakal senasib seperti MAS yang masih bernyawa kerana Bailout dari
Kerajaan?
Saya masih ingat kenyataan YBM Tengku Razaleigh Hamzah;
kegagalan FGVH boleh menyebabkan tergadai tanah2 peneroka. Harus diingat segala
pinjaman berskala besar yang dibuat oleh Felda, sudah tentu ada cagarannya.
Adakah tanah 10 ekar milik peneroka yang dijadikan cagaran???
Inilah akibatnya, bila Kerajaan tergesa2 dan gelojoh dalam
membuat pertimbangan. Segala pandangan berbagai pihak yang arif dalam ekonomi
tidak dihiraukan.
Bagaimana nasib peneroka selepas ini....
Kata-kata Hikmat
[Kata2 hikmat Najib semasa dan selepas penyenaraian FGV]
1. "Jangan kita teperdaya dgn hasutan2 sesetengah pihak
yg tidak senang melihat kesejahteraan para peneroka felda. Saya juga amat
berharap kesemua peneroka akan terus memberi keyakinan kpd penyenaraian fgv ini
dgn terus melabur dan kemudian menyimpan saham2 tsb utk jangka masa
panjang". (Najib - 1 mei 2012 utusan online).
2. "fgv ini kita bangga kerana kedua terbesar didunia
selepas facebook. Ia lahir dari kita sebab kita ada idea, sebab kita mampu
menjana kejayaan. Bila kita jana kekayaan, baru kita agih". (Najib - 28
Jun 2012 utusan online).
Oleh Fauzi Sagu
2 ulasan:
Peserta felda,khususnya barua2 umnob,sekarang wajib beterima kasih pda najis.
Kan dilantik siketot (macam siketol zaman melaka) utk menaikan prestasi felda. Asyik teloncat2 namum kebawah juga dia.
Org felda patut cari mereka2 yg halang mazlan dn ahli PR semasa pilihanraya utk memberi penerangan pasàl fgv dgn samseng2nya dn tuntut dari mereka ganti rugi.
Tandakn muka,rumah dn kluargs mereka agar dipulau sapenuhnya olih msyarakat felda dn setempat.
Tuan
Hati saya sedih dan sayu terhadap nasib peneroka Felda kerana apa yang dijangka akan terjadi memang berlaku.
2. Sebenarnya yang perlu disalahkan adalah peneroka-peneroka sendiri. Mereka dipujuk dengan pelbagai umpanan segera oleh pihak pengurusan felda/kerajaan. Mereka juga diberi penerangan ol3h sdra Alimin dan NGOnya.
Akhirnya, peneroka memilih untuk untung secupak dan rugi bergantang-gantang.
Saya sedih sebab mereka membiarkan diri mereka ditipu berkali-kali. Alasan diumpan, digulakan dsbnya sudah tidak boleh dijadikan alasan lagi di zaman ini.
Kita sepatutnya dah tahu modus operandi Najib - dia sanggup umpan, tabur apa sahaja janji dia dapat berganda-ganda. Satu lagi perangai Najib, dia hanya melepaskan batang tengoknya seorang sahaja. Dia tidak peduli siapa yang menjadi mangsa setelah dia mendapat apa yang dihajati.
Ingat bagaimana sdra Alimin dan rakan-rakannya dihalang dan membahayakan nyawa mereka supaya peneroka tidak ditipu hidup2.
Sekarang sdra Alimin dan rakan2 masih lagi kengambilberat nasib peneroka. Malang segalanya sudah terlambat.
Kumpulan yang mendapat keuntungan dari penyenaraian FGV sudahpun membuat duit berkepuk-kepuk.
Catat Ulasan