Saham FGVH tinggal RM2.60 sesaham hari ini. Merudum begitu
teruk berbanding dilancarkan pada 28 jun 2012 pada tahap RM4.55. Ia di ramal
turun lagi ke paras lebih buruk. Belum ada sebarang kenyataan dari YAB Perdana
Menteri mengenai situasi kritikal pada ketika ini. Sewaktu pelancaran, PM kata
peneroka dapat durian runtuh, bukan lagi BRIM tapi BROOM!
Kami datang di setiap rancangan nak beritahu perkara ini tetapi di halang |
Bajet Felda setiap tahun sekitar 1.8 bilion untuk membayar
gaji Staf, pembangunan ladang, penempatan felda, infra, pendidikan dan lain
lain. Saya tidak pasti melalui Perjanjian Pajakan antara FGVH dengan Felda
untuk membayar Felda RM508 setiap tahun dapat dilakukan atau tidak. Berdasarkan
maklumat terkini, Bajet Felda 2015 akan dipotong di sana sini. Sudah tentu
berbagai insentif terhadap peneroka dan Gen 2 akan dikurangkan. Perolehan
tahunan Felda kian berkurangan. Tabungan dari simpanan dan pelaburan kian
menyusut dengan teruknya. Kini, banyak bergantung dari ihsan Kerajaan, walhal,
sebelum penyenaraian FGVH, Felda pernah memperolehi pendapatan bernilai RM2.387
bilion dan setelah ditolak berbelanjaan, masih ada lebihan RM389 juta!
Sewaktu Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, tahun 1990,
diumumkan tiada lagi pembukaan Felda baru. Tanah seluas 360,000 hektar yang di
mohon dari Kerajaan Negeri dibuka Ladang Felda atas alasan memberi pendapatan
baru kepada Felda, tidak lagi bergantung peruntukan Kerajaan semata mata.
Alhamdulillah, Felda Plantation dianggap berjaya dan memberi sumbangan 60-70%
pendapatan Felda.
Amat menyedihkan, Felda Plantation di pajak selama 99 tahun
kepada FGVH dan Felda kehilangan pendapatan yang begitu besar. Suatu keputusan
yang tidak bijak sama sekali. Dibantah oleh sebahagian besar Pegawai Kanan
Felda. Akibatnya, Pengarah Besar Felda waktu itu, Dato' Dzulkifli Abd Wahab dan
hampir 20 orang yang lain diambil tindakan; dipetisejukkan, di tukar, turun
pangkat dan lain lain.
Kami datang di setiap rancangan nak beritahu perkara ini tetapi di halang dan luka yang kami dapat |
Hiruk pikuk kejayaan penyenaraian FGVH di pukul canang
seantero dunia. Penyenaraian di Bursa Malaysia itu yang kedua terbesar di dunia
selepas Facebook. Ia meletakkan FGVH syarikat perladangan terbesar mengalahkan
Sime Darby dan IOI. Istilah durian runtuh di popularkan dan menjadi modal
pilihanraya PRU 13; apatah lagi RM15,000 'dirasuah' kepada 112,635 orang
peneroka.
Jumlah habuan dan umpan terbesar kepada rakyat Malaysia!
Kami di fitnah |
Tidak menghairankan kenapa 80% undi warga Felda di 54
parlimen seluruh negara solid kepada BN pada PRU 13 lalu. Jika wang ehsan yang
diterima penduduk Terengganu yang nilainya jauh lebih rendah, antara punca
utama Kerajaan PAS tumbang pada pilhanraya 2004; bayangkan RM 15,000 yang
diterima peneroka Felda!
Kami datang di setiap rancangan nak beritahu perkara ini tetapi di halang |
Allah Maha Adil. Berapa lama pengkhianat dan petualang
peneroka ini mahu berseronok meratah hak rakyat. Musim bulan madu dengan
memfaraidkan harta peneroka telah berakhir. Kini, mereka bertempur sesama
sendiri. Dulu berkonspirasi membuang Dato' Dzul dan pegawai Kanan yang tidak
disenangi, kini beradu kekuatan sesama mereka.
Dato' Faizoull Ahmad menerima giliran. Di gantung jawatan
selama dua bulan serta merta. Pengumuman yang mengaibkan beliau dan
keluarganya. Saya difahamkan, antara alasannya, Faizoull membuat PERLANTIKAN
DAN KENAIKAN PANGKAT STAFF yang tidak dirujuk ke Lembaga Pengarah Felda dan
tidak ikut prosedur JPA.
Kami datang di setiap rancangan nak beritahu perkara ini tetapi di halang |
Kami datang di setiap rancangan nak beritahu perkara ini tetapi di halang dan luka yang kami dapat |
Tetapi saya yakin ada sebab lebih besar kenapa Faizoull
menjadi musuh utama Isa Samad ketika ini. Belum sampai masanya untuk saya
dedahkan.
Saya simpati kepada Faizoull. Beliau yang begitu taat pada
Isa pun menjadi mangsa. Pegawai Kanan yang setia dengan Faizoull saya jangka
akan turut tersingkir. Dato' Hanapi, salah seorang dari empat Timbalan Pengarah
Besar Felda memangku jawatan Faizoull.
Mungkin ramai tidak tahu keadaan di Felda sebenarnya begitu
gawat. Tan Sri Raja Alias, Arkitek Felda masih hidup. Saya yakin beliau amat
bersedih dengan apa yang berlaku di Felda. Saya akan berusaha untuk bertemu
dengan beliau. Saya berhasrat mengambil inisiatif untuk mengumpul bekas bekas
Pengarah Besar Felda seperti Dato' Aladin, Fadzil Yunos, Tarmizi dan lain lain.
Saya harap YBM Tengku Razaleigh Hamzah boleh memainkan peranan mengembalikan
zaman kegemilangan Felda. Boleh tentu ada formulanya, sebab sudah dua kali saya
bertemu dan berbincang dengannya.
Sebagai langkah permulaan, suatu majlis Solat Hajat Perdana
akan dibuat sebelum akhir tahun ini.
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, SELAMATKANLAH FELDA........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan